PENYANYI Amelina mengingatkan pelakon Bella Astillah belas kasihan dan simpati diterima daripada netizen ketika ini tidak akan bertahan lama. Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 50, sebaliknya memberitahu Bella perlu menjadi seorang wanita lebih tegas selain tidak membuka ruang dia dipergunakan pihak tertentu. Penyanyi dangdut itu turut meminta Bella sentiasa reda dan tawakal dalam semua urusannya bagi memperoleh ketenangan. “Ingat orang luar tidak selamanya bersimpati dengan kita. Selepas ini awak perlu kuatkan semangat dan jangan biarkan diri awak ‘ditatih’ oleh orang. Kena tegas! “Selebihnya serahkan diri awak dan anak-anak dalam lindungan Allah. Insya-Allah awak akan tenang,” ujarnya. Amelina membuat perkongsian itu di Insta Story. Amelina berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya. Dalam pada itu, Amelina berpendapat Bella tidak perlu berasa malu mengakui kesilapan pernah dilakukan sebelum ini. Jelasnya kesilapan ada cara seseorang belajar dan memperbaiki kehidupan ke arah lebih sempurna. “Jangan rasa malu mengaku kesilapan lampau sebab kadang-kadang ia boleh jadi pengajaran dan buat kita terus berdiri. “Terus melangkah dan jangan toleh ke belakang lagi... Buang!, katanya. ARTIKEL BERKAITAN: “Suami hilang kita cari di rumah kawan” - Gurauan Bella Astillah buat ramai terhibur, tapi terasa pedasnya ARTIKEL BERKAITAN: “Semua kisah lama saya dah buang” - Amelina enggan nama dikaitkan dengan lelaki seret isteri Pesannya lagi, perjuangan dibuat juga bukan disebabkan perasaan sedih atau mahu membalas dendam tetapi demi membela diri dan anak-anak. “Jadikan nawaitu awak melangkah itu bukan kerana kecewa atau dendam tetapi kerana memperjuangkan nasib diri dan anak-anak,” katanya. Seperti Bella, Amelina juga pernah berdepan penceraiaan selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood pada 26 April 1999. Mereka dikurniakan enam orang cahaya mata. Untuk rekod, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila suami Bella iaitu Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan berkhalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat pada 9 Mac. Susulan kejadian itu, Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun aktor itu enggan menceraikan isterinya pada sebutan kedua kes berkenaan pada 4 April lalu. Ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Aliff memberi alasan dia masih sayangkan Bella dan mahu menyelamatkan rumah tangganya. Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Mereka pernah bercerai pada 2019 namun kembali rujuk ketika dalam tempoh idah. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masingmasing berusia tujuh dan empat tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!