suria

Penat buat biskut raya belum hilang, pembeli tergamak ‘scam’ Syura

Syura akan lebih berhati-hati selepas ditipu.

PENYANYI Syura Badron kesal apabila ditipu pelanggan yang membeli biskut raya di Tebing Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada Ahad.

Syura atau Zuraidah Badron, 38, berkata, pelanggan berkenaan membayar biskut raya yang dibeli melalui kaedah kod QR namun wang berkenaan tidak masuk dalam akaunnya.

“Sepanjang bulan Ramadan memang saya jual kuih raya di Johor Bahru dan hari ini Alhamdulillah kuih raya saya terjual walapun tidak banyak.

syura

Syura hasilkan sendiri kuih raya yang dijualnya.

“Cumanya ada beberapa pelanggan bayar menggunakan kod QR dan memang tunjuk resit berjaya tapi tak masuk dalam akaun saya, jadi macam pelik,” katanya.

Syura berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya pada petang Ahad.

Kata Syura dia tidak menyangka perkara tersebut boleh berlaku kepadanya memandangkan sepanjang berniaga dia tidak pernah ditipu pelanggan.

Namun dia mengambil pengajaran terhadap perkara yang berlaku sekali gus akan lebih berhati-hati dalam sebarang bentuk pembayaran secara dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Syura pilih kurus cara diet, tolak pembedahan dapat bentuk badan idaman

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini cerita betul”... Syura terkejut lelaki Kuantan mengaku pernah bercinta dengannya, siap janji bawa jumpa keluarga

"Sebelum ini tiada masalah pun, mungkin selepas ini saya ambil pengajaran... kalau ada yang buat pembayaran guna kod QR saya ambil gambar," jelasnya.

Dia juga berharap individu yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu segera insaf dan bersimpati dengan nasib peniaga-peniaga kecil.

Katanya penat lelah membuat biskut raya masih belum hilang dan terpaksa berhadapan dengan masalah penipuan pelanggan.

"Penat tau buat kuih raya itu, bila kena scam rasa sedihlah... dalam sedih kena redalah kan.

syura2 - 1

Syura anggap kejadian yang berlaku sebagai satu pengajaran.

"Untuk yang dah biasa buat benda-benda macam ini, korang beli makanan akan masuk dalam darah dan jadi darah daging.

"Jangan lah buat benda-benda macam ini, kesian dekat peniaga-peniaga.

“Tak tahu penat dan kesusahan orang macam mana nak siapkan kuih dan apa yang dilalui untuk berniaga," kongsinya.

Usaha mStar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerugian ditanggung Syura bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain