suria

Kerap berbaju kurung sepanjang Ramadan, peminat puji gaya sederhana Aina Abdul

Penampilan sederhana Aina mendapat pujian ramai.

PENAMPILAN dan pemilihan gaya ringkas penyanyi Aina Abdul sepanjang Ramadan nampaknya diterima baik peminat.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, juga gembira membaca komen peminat walaupun ada di antara mereka berseloroh mengatakan dia 'cuti' daripada menggayakan busana luar kotak.

Aina tampil bersederhana sepanjang Ramadan ini.

Aina tampil bersederhana sepanjang Ramadan ini.

"Bulan ini ramai cakap Aina Abdul cuti. Sejujurnya saya gembira membaca reaksi semua tentang penampilan saya, baik yang okay ataupun tidak.

"Baik sebagai Aina Abdul mahupun Nurul Aina, saya masih menjadi diri saya iaitu Aina," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Melinda Looi sanggup tak sambut Tahun Baru Cina demi Aina Abdul, cerita proses hasilkan busana 'Tree of Life'

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam persalinan gah tapi hilang diri sendiri, 2023 tahun sukar buat Aina Abdul

Aina berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Ahad.

Dalam pada itu, Aina turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan perhatian kepadanya setiap kali membuat kemunculan secara umum.

"Terima kasih kerana sentiasa mengambil perhatian terhadap penampilan saya di setiap kemunculan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain