suria

Remy Ishak tiada sebab tergugat kehadiran hero muda, pernah rasa jadi pelapis industri

Remy sudah bosan melakonkan watak dan jalan cerita yang sama.

TAWARAN dengan dialog serta jalan cerita sama menjadi punca pelakon Remy Ishak sudah jarang muncul menerusi drama di televisyen.

Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 42, jika tetap menerima tawaran sedemikian dia tidak akan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas selain menjejaskan mutu lakonannya.

"Kalau saya masih menyampaikan dialog sama, saya jadi tak ikhlas. Bila berlakon dalam keadaan sebegitu, nak lontarkan dialog pun tiada feel. Tak sampai feelnya.

remy1 - 1

Remy (kiri) enggan melakonkan watak yang sama.

"Pada akhirnya penonton akan tuduh saya sudah tidak bolh berlakon, walhal saya sudah tiada feel menyampaikan dialog-dialog sama.

"Saya tak rasa selesa nak berlakon dengan dialog-dialog yang lebih kurang sama jadi saya tak ambil tawaran drama," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon filem 29 Februari ini juga memberitahu dia bimbang jika penonton bosan melihat lakonan stereotaip daripadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak rasa makin muda, jatuh cinta sejak ada anak... Tuah Alam sinar baharu selepas lalui fasa hidup tak keruan

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas lebih 3 bulan timang anak sulung, akhirnya Remy Ishak dedah wajah Tuah Alam

Sebaliknya kata Remy, watak sedemikian sepatutnya diberikan kepada wajah-wajah baharu dalam mengasah bakat mereka.

"Bukan sahaja penonton yang akan bosan, saya pun bosan. Saya nak sampaikan dialog tu kadang-kadang kena berlakon di posisi yang sama, duduk tepi tingkap berdoa atas sejadah.

"Kalau dulu masa mula-mula berlakon saya rasa teruja nak bawakan watak-watak tersebut tetapi sekarang kalau saya buat babak dan dialog yang lebih kurang sama, saya jadi tak selesa.

Kalau saya masih menyampaikan dialog yang sama, saya jadi tak ikhlas.

REMY ISHAK

PELAKON

"Sekarang ramai pelakon baru yang nak mencuba jadi saya beri peluang kepada mereka," ujarnya.

Sementara itu, Remy berkata, dia tidak perlu berasa tergugat dengan kehadiran wajah-wajah baharu dalam dunia lakonan.

Kata Remy, dia juga pernah berada di situasi itu namun kehadiran mereka tidak memberi kesan kerana dia sudah berada dalam kelas tersendiri sebagai pelakon.

remy2 - 1

Remy terbuka untuk memberikan peluang buat pelakon baharu.

"Kehadiran hero baru perlu ada sebab satu ketika dahulu pun saya juga pelapis kepada orang lama.

"Fasa itu memang ada dan takkanlah saya nak jadi hero sampai umur 50 tahun?," katanya.

Kali terakhir Remy muncul menerusi drama Hijrah Jannah lakonan bersama pelakon Puteri Sarah Liyana dan Daniella Sya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain