suria

Cium tangan Shuib di pagi raya paling dinanti, Watie mahu anak-anak rasai kemeriahan Aidilfitri

Shuib sekeluarga menyambut Aidilfitri di Ipoh, Perak.

PERTAMA kali menyambut Aidifitri sebagai isteri, Watie Hanifiah tidak sabar untuk bersalaman dengan suami iaitu Shuib di pagi satu Syawal.

Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata, dia paling teruja untuk menantikan momen mencium tangan suami di pagi raya.

"Apa yang paling saya teruja untuk menyambut Aidilfitri ini adalah mahu bersalaman dengan suami di pagi raya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Watie memberitahu dia sudah merancang untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga di Ipoh, Perak.

watie1 - 1

Watie mahu anak-anak merasai kemeriahan Aidilfitri.

Kata Watie, dia mahu anak-anak merasai kemeriahan menyambut hari raya memandangkan dia mempunyai sebuah keluarga besar.

"Keluarga abang (Shuib) dan keluarga saya sebenarnya tidak besar, tetapi saya mempunyai ramai saudara.

"Tahun ini saya rancang untuk membuat gathering di Ipoh untuk menjemput sanak-saudara datang beraya di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib mengaku cepat marah ketika bulan puasa, Watie doa suami jadi orang penyabar

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah datang dalam mimpi, rasa cemburu tiba-tiba muncul di hati Watie

"Saya mahu anak-anak dapat merasai sambutan hari raya yang meriah dengan kehadiran keluarga besar," ujarnya.

Sementara itu, Shuib turut berkongsi keterujaan anak-anak setiap kali ingin menyambut kedatangan Aidilfitri.

Cerita Shuib, perayaan tahun ini disambut lebih meriah dengan kehadiran sanak-sanak saudara yang lebih ramai.

Saya teruja menyambut Aidilfitri kali ini dan mahu bersalaman dengan suami di pagi raya.

WATIE HANIFIAH

ISTERI SHUIB

"Anak-anak pun teruja setiap kali nak sambut Aidilfitri. Memandangkan sudah tiga hingga empat tahun ini mereka berpuasa penuh, jadi bila tiba hari raya pastinya mereka teruja bertanyakan nak beraya di mana.

"Insya-Allah tahun ini saya rasa sambutan raya tahun ini lebih terurus, awal-awal lagi kami sudah merancang untuk balik ke kampung tiga hari sebelum raya.

"Kami nak kumpulkan semua adik-beradik, ipar duai dan mentua untuk menyambut perayaan bersama-sama.

watie2 - 1

Watie teruja pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai isteri.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian isterinya Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan bersama Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain