suria

Sambutan Aidilfitri sudah tak sama, Siti Nordiana teruskan rutin arwah bapa ziarah keluarga

Nana lebih utamakan keluarga untuk sambutan raya.

SAMBUTAN raya tahun ini pastinya berbeza buat penyanyi Siti Nordiana selepas kehilangan bapanya yang meninggal dunia pada 21 Julai tahun lalu.

Bagaimanapun kata Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 40, rutin menziarah saudara-mara yang selalu arwah bapanya lakukan sebelum ini akan tetap menjadi amalan dalam keluarga.

"Tahun ini saya sambut Ramadan dan Syawal tanpa ayah. Jujurnya memang tidak begitu rasa teruja untuk sambut Hari Raya Aidilfitri selepas ayah tiada.

nana 1

Bapa Nana meninggal dunia Julai tahun lalu.

"Biasanya setiap tahun kami akan ikut rutin arwah menziarahi rumah saudara mara.

"Setiap tahun rumah sama sahaja dia akan bawa dan tradisi itu tetap akan saya teruskan cuma rasanya sedikit berbeza," katanya kepada mStar.

Bapa Nana iaitu Allahyarham Alias Ahmad meninggal dunia ketika dalam tidur di kediamannya di Sendayan, Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Siti Nordiana meninggal dunia dalam tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Lali ditanya soal jodoh, jawapan Siti Nordiana tetap sama... Lebih selesa ‘kahwin’ dengan kerjaya

Tambah Nana lagi persiapan tahun ini juga dilakukan secara sederhana memandangkan ibunya juga tidak sihat.

"Awal Ramadan lalu, ibu saya dimasukkan ke wad disebabkan masalah diabetes. Jadi saya memang fokus menjaganya.

"Persiapan kami sekeluarga pun sederhana sahaja. Walaupun ayah sudah tiada tapi kita yang masih bernyawa kena teruskan hidup.

Biarpun ayah telah tiada tetapi kita yang masih bernyawa ini kena teruskan hidup

SITI NORDIANA

PENYANYI

"Bagi saya dalam usia sebegini, raya hanya untuk meraikan tetamu dan ahli keluarga. Lebih utamakan orang lain," ujarnya.

Sementara itu, Nana memberitahu dia tidak mengambil cuti lama sempena Aidilfitri kerana perlu memberi fokus kepada persiapan konsert Memori Berkasih Siti Nordiana yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.

nana 2

Nana teruja untuk menghiburkan peminat pada acara konsertnya nanti.

"Saya tak ambil cuti lama pun sebab nak fokus kepada konsert. Banyak yang perlu dilakukan menjelang konsert itu nanti.

"Ini merupakan konsert solo pertama saya dalam skala besar, jadi saya perlu beri perhatian agar tidak menghampakan peminat," jelasnya.

Konsert berkenaan akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur dan Nana bakal tampil berduet dengan seorang penyanyi lelaki menyanyi lagu Memori Berkasih yang pernah dipopularkan bersama Allahyarham Achik Spin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain