suria

Pertama kali beraya di Kelantan, Nabila Razali rasai perbezaan di kampung suami

Nabila mohon doa sentiasa dipermudahkan urusan keluarga.

PENYANYI Nabila Razali tidak pernah meletakkan sebarang perancang khusus untuk memulakan kehidupan berkeluarga bersama suami.

Sebaliknya kata Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, dia meletakkan soal cahaya mata pada ketentuan Allah SWT selain rezeki.

"Kalau Allah kata sudah tiba masanya, maka itulah masanya. Kalau orang tanya saya tetap akan jawab percaya pada rezeki.

"Saya dan suami tidak meletakkan sasaran bila nak memiliki cahaya mata.

nabila razali 2

Nabil dan suami sambut raya di Kelantan.

"Sekarang ini pun banyak kerja yang perlu saya selesaikan. Jadi mungkin Allah beri masa saya bekerja dahulu," katanya kepada mStar.

Tahun pertama menyambut Aidilfitri sebagai isteri kepada Nik Iruwan Nik Izani, penyanyi ini juga teruja merasai perbezaan suasana di kampung suaminya di Kelantan.

Dalam masa sama dia juga mula merasakan satu tanggungjawab besar apabila perlu memikirkan soal persiapan raya untuk diri sendiri termasuk suami.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Gementar nak masak untuk suami, Nabila Razali bangun pukul 2 pagi siap makanan sahur

ARTIKEL BERKAITAN: Makin berani ikut trend TikTok, netizen kata Nabila Razali dah ‘rosak’ selepas kahwin

"Sebelum ini kalau bab persiapan raya selalu bergaduh adik-beradik sebab nak pilih baju warna apa.

"Tetapi suami saya tak cerewet dan ikut sahaja dan persiapan itu pun saya anggap tanggungjawab besar sebagai isteri.

"Tahun ini akan sambut raya di Kelantan... Saya banyak tanya suami tentang suasana di sana supaya tidak berasa kekok," ujarnya.

nabila razali 3

Suami sentiasa memahami dan sokong kerjaya Nabila.

Untuk rekod Nabila dan Nik Iruwan mendirikan rumah tangga pada 18 November tahun lalu di Bukit Tinggi, Pahang.

Istimewa sempena Aidilfitri tahun ini Nabila turut tampil dengan sebuah lagu raya baharu berjudul Raya Mana? yang dianggap cukup sesuai menggambarkan kehidupannya.

"Penulis lagu ini iaitu Ezra Kong cukup faham dengan situasi yang saya lalui. Bila dengar lirik dan lagu saya terus suka lagu ini.

"Dia faham persoalan yang bermain dalam fikiran saya sebagai pasangan yang baru berkahwin," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain