suria

Hari raya penuh makna buat Indah Ruhaila, 2 anak tiri minta sambut Aidilfitri bersamanya

Indah teruja menyambut Aidilfitri bersama anak-anak tiri.

SELEPAS tujuh tahun, penyanyi Indah Ruhaila meluahkan rasa teruja apabila buat pertama kali dapat meraikan hari raya bersama dua anak tirinya.

Indah atau Siti Ruhailah Hussein, 37, berkata, kedua-dua anak perempuan itu yang meminta meraikan hari raya bersamanya dan suami.

Kebetulan katanya, tahun ini gilirannya menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Johor Bahru.

"Raya tahun ini berbeza sebab saya beraya dengan anak-anak tiri sebab selalunya mereka akan beraya dengan bekas isteri suami.

indah1 - 1

Indah menyambut Aidilfitri di kampung halamannya Johor Bahru.

"Tahun ini saya pulang ke Johor Bahru dan akan bawa anak-anak bersama dan mereka yang pilih untuk meraikan Aidilfitri bersama saya dan suami," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penynayi lagu Pudar ini sudah membuat persiapan sejak awal apabila mengetahui dua anak tirinya bakal bersamanya.

Malah Indah meminta mereka memilih tema warna baju raya dan akan menghabiskan masa selama seminggu di Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakam lagu ciptaan Ajai, Indah Ruhaila letak harapan tinggi ‘All My Heart’ diterima pendengar

ARTIKEL BERKAITAN: #Bizibody: "Indah Ruhaila senang jaga, tak banyak ragam tapi degil sikit" - Suami bongkar perangai sebenar

"Sebelum puasa lagi saya sudah teruja buat persiapan dan minta mereka pilih tema warna kami sekeluarga.

"Insya-Allah kami akan sambut raya selama seminggu di kampung. Suami saya punya teruja sampai dia sudah rancang macam-macam aktiviti," katanya.

Bercakap mengenai anak-anak tirinya, Indah memberitahu hubungan mereka akrab walaupun jarang bertemu.

Raya tahun ini berbeza sikit sebab saya beraya dengan anak-anak tiri saya.

INDAH RUHAILA

PENYANYI

Kongsi Indah, dia tidak mempunyai sebarang masalah bergaul anak-anak tirinya kerana mereka menganggapnya sebagai sahabat.

"Hubungan kami memang rapat cuma saya jarang jumpa sebab mereka bersekolah di sekolah antarabangsa yang jadualnya tidak sama dengan sekolah biasa.

"Dalam keluarga ini, saya sudah dianggap seperti kawan mereka. Kadangkala keluar bersama macam rakan sebaya," jelasnya.

indah2 - 1

Indah dan Shariff merancang pelbagai aktiviti untuk dilakukan di Aidilfitri.

Untuk rekod, Indah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Shariff Ahmad Taufiq, 43, pada 24 Disember 2017 di sebuah majlis tertutup yang diadakan di Bizmillah Wedding Center, Subang Jaya, Selangor.

Sebelum itu, Shariff pernah mendirikan rumah tangga namun berakhir dengan perpisahan.

Hasil perkahwinan itu, Shariff dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan yang berusia 15 tahun dan 11 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain