suria

Murah rezeki Fasha Sandha... Dapat hadiah 45 pasang baju raya, sehari tukar 2 pakaian

Fasha hanya beli tiga helai baju raya.

SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini mungkin paling 'sakan' buat pelakon Fasha Sandha apabila memberitahu menyediakan 45 pasang baju baharu yang akan dipakai sepanjang Syawal.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, memandangkan koleksi busana dimilikinya banyak, dia merancang untuk mengenakan dua persalinan berbeza pada setiap hari.

"Tahun ini saya ada 45 pasang baju raya tapi semua itu bukan saya beli tapi dihadiahkan oleh beberapa jenama.

fasha 12

Syukur rezeki masih mencurah-curah selepas bergelar isteri.

"Yang saya beli sendiri mungkin dalam tiga pasang dan selebihnya adalah hadiah.

"Sehari mungkin saya akan tukar dua pakaian. Suami dan anak-anak juga sama. Alhamdulillah rezeki banyak yang bagi hadiah," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fasha berkata, semua pemberian diterimanya itu turut mengingatkan kembali ketika dia bergelar ibu tunggal apabila ramai menghadiahkan pakaian raya kepadanya dan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak halang Fasha Sandha ke rumah bekas mentua, galak jaga silaturahim

ARTIKEL BERKAITAN: Dah bagi hadiah tapi macam tak hargai, Fasha Sandha tegur individu berat mulut ucap terima kasih

Bagaimanapun Fasha bersyukur apabila rezekinya tetap ada walaupun sudah kembali bergelar isteri.

"Saat begini mengingatkan saya ketika bergelar ibu tunggal dulu, masa itu saya dapat berpuluh-puluh pasang baju secara percuma.

"Tahun ini pun masih murah rezeki juga walaupun sudah lima tahun bergelar isteri, masih ada yang sudi menghadiahkan baju baru," ujarnya.

fasha 1

Fasha dan keluarga teruja mahu pulang ke kampung.

Tampil dengan tema warna jingga pada hari raya pertama, Fasha memberitahu ia adalah pilihan ibu mentuanya.

Manakala dia sekeluarga akan tampil dengan tema berwarna hitam apabila pulang ke kampung halamannya di Perlis pada hari raya ketiga.

"Warna jingga sebab ibu mentua saya pilih. Hari raya ketiga pula keluarga di Perlis memilih warna hitam. Jadi saya ikut sahaja sebab hari lain boleh pakai warna lain pula," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain