PERASAAN ingin pulang ke kampung halaman meraikan Aidilfitri sudah tiada dalam diri pelakon dan usahawan Aeril Zafrel sejak kedua ibu bapanya meninggal dunia. Aeril atau Suhairil Sunari, 36, berkata, dia dan isteri Wawa Zainal sebaliknya lebih gemar meraikan Aidilfitri dengan bercuti ke luar negara bersama keluarga. Jelasnya, kehilangan ibu bapa ketika usianya 16 tahun cukup berat malah sehingga ke hari ini dia masih terasa dengan pemergian mereka. "Nak balik kampung sudah tiada perasaan sebab orang tua sudah tiada. Aeril rancang mahu bawa anak beraya di luar negara. "Jadi saya dan Wawa mahu bercuti ke luar negara seperti ke Indonesia. Tapi masih dalam pertimbangan. "Beraya di luar negara ini sebab nak cari angin baru," katanya kepada mStar. Kata Aeril, hanya mereka yang bergelar anak yatim piatu akan memahami perasaan sunyi apabila tiba Aidilfitri. "Sebelum ini tak pernah lagi beraya di luar negara, ini kali pertama. ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel, Wawa Zainal bayar zakat perniagaan lebih RM1 juta... Syukur rezeki tak putus tahun ini ARTIKEL BERKAITAN: Individu curi stok di gudang dirakam CCTV, Aeril Zafrel jejak pekerja selepas gagal dihubungi "Saya rasa sesiapa yang sudah menjadi yatim piatu pasti lebih tahu perasaannya," luahnya. Berkongsi lebih lanjut, Aeril berkata dia dan anak-anak tidak dapat merasai keseronokkan pulang ke kampung halaman memandangkan ibu dan bapa mentua tinggal bersama mereka. "Mak ayah Wawa memang tinggal bersama kami, jadi sudah selalu jumpa," jelasnya. Sementara itu, dia yang memahami jiwa kesunyian anak yatim piatu kerap berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan. Aeril memahami rasa sepi tanpa ibu bapa. Jelasnya, dia hanya mengharapkan doa dari anak-anak tersebut kerana percaya kelebihan yang dimiliki oleh mereka. "Saya sudah lama menjadi yatim paitu memang terasa perasaan itu apabila tiada orang tua. "Saya yakin kalau saya lebih memberi kepada mereka Allah lebih memberi kepada kita. "Doa-doa mereka ini tiada hijab dan kami mengharapkan mereka mendoakan kesihatan, perniagaan dan anak-anak kami," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!