suria

Rezeki bulan Syawal, Adira ke Makkah hari raya kelima

Adira tunaikan umrah bersama rakan-rakannya.

SENTIASA padat dengan jadual kerja, penyanyi Adira Suhaimi mengambil peluang menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada bulan Syawal.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, menganggap peluang mengerjakan umrah pada bulan Syawal sebagai rezeki dan enggan melepaskan peluang tersebut.

"Insya-Allah pada hari raya kelima saya akan berangkat ke Makkah menunaikan umrah. Jadi mungkin hanya empat hari sahaja dapat luang masa bersama keluarga.

adira a

Adira mahu fokus ibadah.

"Saya pergi bersama kawan-kawan sebab masa raya ini sahaja saya ada cuti panjang sikit.

"Kalau ikutkan jadual saya memang padat, jadi bila ada masa saya terus buat keputusan untuk pergi," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Adir berharap dia dapat memberi tumpuan kepada ibadah sepanjang di Makkah tanpa memikirkan masalah lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira mahu berpisah cara baik, elak tunjuk emosi menangis depan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Datuk Red masih sayang Adira, tetap mahu pertahankan rumah tangga

Malah dia meletakkan kepercayaan kepada kakaknya iaitu Emma Suhaimi untuk menjaga empat orang anaknya.

"Saya harap saya dapat fokus kepada ibadah saya nanti.

Snapinsta.app_342376847_177498515221769_9136869304976784468_n_1080

Adira dan anak-anak beraya di Sarawak.

"Anak-anak akan dijaga oleh pembantu dan kakak saya... Kalau ayah dia tak sibuk pun akan tolong jaga juga," ujarnya.

Sebelum ke Tanah Suci, Adira memberitahu dia meraikan Aidilfitri terlebih dahulu bersama keluarga di Sarawak.

"Tahun ini saya beraya di Sarawak, ibu saya nak beraya dengan anak-anak dia dekat Sarawak. Jadi saya ikutkan saja," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain