PERSONALITI media sosial Ryan Bakery memilih mengasuh bayi lelakinya iaitu Ryan Ezra tanpa bantuan pembantu rumah atau pengasuh. Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 29, berkata, dia sukar mempercayai orang luar menjaga anaknya apatah lagi pelbagai cerita kurang enak mengenai pembantu rumah yang membuatkan dia berasa trauma. "Kalau saya kerja luar takkan nak tinggalkan anak dengan pembantu rumah? Buatnya dia lari atau culik anak saya sekali, tak ke menakutkan? "Itulah sebab saya belum berani lagi nak ambil pembantu rumah atau mengupah pengasuh," katanya kepada mStar. Ryan teruja menyambut kelahiran anak pertama. Dalam pada itu, Ryan lebih senang jika anaknya dijaga atau mendapat pengawasan ahli keluarganya jika perlu bekerja di luar kawasan. Katanya, dia juga bimbang meninggalkan isterinya seorang diri menguruskan anak mereka dan biasanya akan menghantar mereka pulang ke kampung. "Kalau saya out station, saya terpaksa hantar isteri dan anak balik kampung di Melaka. ARTIKEL BERKAITAN: Ryan Bakery tak cukup tidur urus anak, rancang buat content bersama baby ARTIKEL BERKAITAN: Beg tangan mewah hadiah sebelum bersalin, tanda terima kasih Ryan Bakery buat isteri "Sebelum ini, dua minggu juga saya mereka terpaksa tinggal bersama keluar mentua sebab saya sibuk bekerja. "Nak biarkan isteri sendirian di rumah pun saya tak berani sebab dia cepat panik kalau anak menangis," ujarnya. Berkongsi pengalaman menjaga anak pertama, Ryan mengakui cabaran bergelar bapa bukanlah satu perkara mudah. Kongsi Ryan, biasanya dia akan menjaga Ezra pada waktu malam memandangkan dia perlu bekerja pada waktu siang. Ryan (kiri) dan Elyia (kanan) mengakui cabaran menjadi ibu bapa tidak mudah. "Saya mula faham apabila orang kata 'selamat datang ke dunia ibu bapa'... Memang mencabar, mula-mula belajar daripada mak ayah tapi sekarang semua kami uruskan sendiri. "Kami akan bergilir-gilir uruskan anak dan biasanya saya uruskan hal seperti buat susu atau tukar lampin pada waktu malam. "Waktu siang isteri yang banyak uruskan anak sebab saya sibuk dengan kerja sebagai content creator," jelasnya. Untuk rekod, Ryan mendirikan rumah tangga dengan Elyia Ibrahim pada 1 Oktober 2022 dan Ezra dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!