TINDAKAN seorang netizen menggelarkan Puteri Sarah Liyana dan Bella Astillah sebagai 'geng secondhand' mengundang rasa kurang senang pelakon itu. Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, meluahkan rasa bengang apabila menerima banyak komen hinaan dan negatif di Instagram (IG) terutamanya daripada golongan lelaki. "Bukan main kau komen hina aku dengan Bella. Dekat sini pengecut pula, sebenarnya banyak sahaja jantan sakit mental penuh dekat komen IG tu," katanya. Sarah disekat oleh lelaki tersebut di media sosial. Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi satu ciapan yang dimuat naik di aplikasi X miliknya. Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mendedahkan lelaki tersebut sudah menyekatnya di media sosial. Pelakon drama Hijrah Jannah itu menyifatkan lelaki berkenaan sebagai pengecut kerana hanya pandai meninggalkan komen di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah dan besan tetap keluarga sehingga akhir hayat - Patimah Ismail ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah tak mampu pandang wajah Aliff Aziz, enggan pertahan rumah tangga "Ehh? Pengecut rupanya block kita. Ingat hebat sangat. Komen dekat IG macam bagus. "Bukan main kau komen IG aku. Dah letak muka tiba-tiba profile semua hilang. Bila tweet bukan main nampak baik tapi munafik. Sudahlah komen kurang ajar," ujarnya. Sebelum ini, Puteri Sarah memuat naik video trend lagu 'Alamak Raya' bersama Bella Astillah dan Didi Astillah di Instagram miliknya. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk komen daripada lelaki yang mendakwa Puteri Sarah dan Bella adalah 'geng secondhand' kerana sudah berpisah dengan suami. Puteri Sarah (kiri) sentiasa memberikan semangat buat Bella (kanan). Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 6 tahun. Mereka bagaimanapun sah bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu. Manakala Bella sudah memfailkan cerai terhadap suaminya iaitu Aliff Aziz pada 13 Mac lalu selepas pelakon itu dicekup berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!