suria

“Dah masuk susah nak keluar” - Remy Ishak pernah cuba cari kerja biasa, ada sebab patah balik ke dunia lakonan

Remy menganggap tiada limitasi dalam bidang lakonan.

HAMPIR 20 tahun menceburkan diri dalam dunia lakonan, Remy Ishak sudah berjaya meletakkan namanya sebagai salah seorang aktor tersohor di Malaysia.

Semua kejayaan dan populariti dikecapi tidak membuatkan dia berasa selesa sebaliknya pernah cuba menjauhkan diri daripada bidang seni.

Ini termasuk Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 42, cuba mencari pekerjaan di luar bidang seni sebagai punca pendapatan.

remy1 - 1

Remy mahu meneroka lebih banyak watak dalam drama dan filem.

Bagaimanapun Remy memberitahu dia sedar dia sudah jatuh cinta terhadap dunia lakonan dan sudah tidak melihat jalan keluar daripadanya.

"Apabila kaki sudah melangkah masuk ke dalam dunia seni tak kira pelakon atau penyanyi, memang susah nak keluar daripada bidang ini.

"Saya sendiri pernah cuba keluar daripada bidang seni sebab nak buat perkara lain tetapi gagal sebab perasaan cinta dan seronok berlakon masih menebal.

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak rasa makin muda, jatuh cinta sejak ada anak... Tuah Alam sinar baharu selepas lalui fasa hidup tak keruan

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak menahan rindu, dah seminggu tak jumpa anak... "Baru saya tahu perasaan berjauhan itu"

"Orang kata jiwa seni itu sudah meresap dalam diri," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Remy berkata, disebabkan itu juga dia tidak terfikir untuk bersara daripada dunia lakonan kerana bidang itu sudah sebati dengannya.

Apatah lagi kata Remy, sebagai pelakon dia belum berasa puas dengan kepelbagaian watak selain merasakan masih banyak perkara perlu diperbaiki bagi meningkatkan mutu lakonannya.

Apabila kaki sudah melangkah masuk memang susah nak keluar.

REMY ISHAK

PELAKON

"Saya mahu meneroka dan menghayati perjalanan setiap karakter dan itu adalah proses belajar.

"Kalau cakap fasal lakonan, saya percaya setiap pelakon tidak pernah berasa puas dengan apa mereka lakukan," katanya.

Disebabkan itu juga, Remy jarang bersikap memilih terhadap tawaran drama atau filem yang diberikan kepadanya kerana percaya tugas pelakon untuk mencorakkan sesuatu watak.

remy2 - 1

Remy sukar untuk menukar kerjaya selain berlakon.

"Saya tak pernah hadkan diri untuk bawa atau cenderung memilih karakter tertentu mengikut pilihan peribadi.

"Bukan apa saya mahu cuba banyak perkara yang saya tidak boleh lakukan dalam alam realiti," ujarnya.

Remy yang mula aktif dalam dunia lakonan pada 2005 pernah membintangi beberapa drama dan filem yang berjaya mengangkat namanya seperti Nur Kasih, Lelaki Kiriman Tuhan, Cun, Ombak Rindu, Pilot Cafe dan 29 Februari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain