suria

Faye Kusairi terpaksa muat naik foto bersama suami, letih hadap fitnah kononnya rumah tangga sedang bermasalah

Faye menjelaskan hubungannya dengan suami masih kekal baik.

GARA-GARA jarang memuat naik foto bersama suami, timbul spekulasi mengatakan hubungan pelakon Faye Kusairi dan suami iaitu Azmi Hatta sedang berantakan.

Tampil menjawab mengenai tuduhan berkenaan, Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 37, menjelaskan apa diperkatakan netizen itu merupakan satu fitnah kerana hubungannya bersama suami baik-baik sahaja.

"Terpaksalah muat naik gambar bersama suami, ramai risau sangat fasal rumah tangga aku ini sampai sanggup memfitnah.

Faye jarang berkongsi foto suami di media sosial.

Faye jarang berkongsi foto suami di media sosial.

"Relaks guys, aku ini memang sejenis kurang minat nak kongsi apa-apa sejak berusia ni," katanya.

Faye berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Isnin.

Dalam pada itu, Faye menasihatkan kepada segelintir masyarakat untuk tidak menjaga hal peribadi orang lain dan memberi fokus kepada kehidupan mereka sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Faye Kusairi tergerak hati buka gerai nasi ayam ketika hamil anak ketiga, laris setiap hari 'sold out'

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai nasi ayam kena serbu pelanggan, Faye Kusairi tak tolak kembangkan perniagaan

"Jagalah tepi kain sendiri, bertutur dan berpendapatlah tentang perkara positif dan bermanfaat.

"Anda sepatutnya fokus untuk menjadikan kehidupan anda lebih baik daripada membandingkan dengan hidup orang lain," ujarnya.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini bagaimanapun memberitahu akibat sering difitnah dia sudah tidak berminat untuk menggunakan media sosial.

Malah, dia tidak lagi berasa seronok bermain media sosial kerana sikap segelintir netizen yang terlalu toksik dengan menjaja cerita yang tidak benar.

Faye sudah malas untuk aktif di media sosial.

Faye sudah malas untuk aktif di media sosial.

"Aku berniaga nasi ayam tepi jalan pun kena fitnah macam-macam, aku tak muat naik gambar dengan suami pun kena fitnah.

"Aku shooting ke tak shooting pun kena fitnah. Jujur cakap, sikap aneh seperti inilah asbab aku makin malas nak muat naik atau layan media sosial sebenarnya. Penat, macam tak fun pun ada," katanya.

Untuk rekod, Faye dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 9 April 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain