suria

Buat apa nak malu! Masalah kesihatan mental tak lagi dianggap gila, Maya Karin minta bersuara bukan sembunyi

Maya mengakui mengalami masalah anxiety sejak 10 tahun lalu.

PELAKON Maya Karin menasihatkan individu yang mengalami masalah anxiety atau kebimbangan melampau tidak perlu berasa malu atau menyembunyikan masalah dihadapi.

Maya atau Maya Karin Roelcke, 44, berkata, masyarakat sudah lebih cakna tentang kesedaran kesihatan mental dan memendam perasaan hanya boleh mendatangkan kemudaratan.

"Isu kesihatan mental sudah semakin mendapat perhatian ramai dan diterima dengan hati dan minda terbuka.

"Sebelum ini mungkin ada anggap individu yang mempunyai masalah mental ini sebagai gila tetapi sekarang tidak lagi begitu.

mayaa1 - 1

Maya mudah diserang anxiety sekiranya kepenatan dan tidak cukup rehat.

"Kalau kita sorokkan masalah ini ia akan menambahkan lagi tekanan. Kita akan jadi lebih terbeban sehingga tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Maya turut mendedahkan dia mudah mendapat serangan anxiety sekiranya berada dalam kepenatan dan tidak cukup rehat.

Maya bagaimanapun memberitahu dia tidak menerima rawatan doktor dan hanya perlu bersendirian untuk menikmati rehat secukupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan panik punca menggeletar di pentas FFM32, Maya Karin gelar Faizal Hussien hero - "Siap kutip kasut saya yang tertinggal"

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan jejaka Perancis masih utuh, Maya Karin tak tolak kembali bergelar isteri

"Saya harus lebih berhati-hati kerana anxiety saya boleh menyerang bila kepenatan, tak cukup tidur dan tidak cukup makan.

"Kadang-kadang bila sibuk berlakon saya tak makan satu hari dan ia membuatkan tubuh saya mudah untuk diserang anxiety.

"Saya tidak mengambil ubat-ubatan namun hanya memerlukan banyak rehat. Jika saya mengalami anxiety selalunya saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan hanya mahu bersendirian di rumah," ujarnya.

Kalau kita sorok masalah ini (anxiety), ia akan buat kita bertambah tertekan.

MAYA KARIN

PELAKON

Dalam perkembangan lain, aktres ini juga bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul The Experts yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 23 Mei depan.

Selain itu, Maya juga akan terlibat dengan penggambaran filem selepas Aidilfitri dan disebabkan itu dia perlu menjaga kekuatan mental dan fizikal bagi mengelakkan serangan anxiety.

"Saya kini sedang mempersiapkan diri untuk mempromosikan filem The Experts dan tak lama lagi saya sudah mula menjalani penggambaran filem terbaharu.

mayaa2 - 1

Maya pernah diserang anxiety teruk ketika menjadi penyampai anugerah di FFM32.

"Ini pertama kali saya akan melakukan promosi filem dan dalam masa yang sama membuat persiapan untuk masuk ke set penggambaran filem lain.

"Saya agak bimbang kerana saya perlu menjaga kekuatan mental dan fizikal untuk turun mempromosikan filem dan seterusnya menjalani penggambaran," katanya.

Maya sebelum ini pernah mendedahkan dia berdepan dengan masalah gangguan keresahan atau anxiety sejak 10 tahun lalu.

Kali terakhir pelakon berkenaan mengalami serangan panik ketika tampil sebagai penyampai anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) pada Disember 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain