suria

Kemalangan belum buat Azhan Rani serik, idam motosikal BMW K 1600 B

size NP 1 - 2024-04-05T111823.513

BEBERAPA kali terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum ini belum cukup membuatkan pelakon Azhan Rani serik menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Azhan atau Azhan Abdul Rani, 48, sebaliknya berkata, dia juga sedang berusaha mengumpul wang bagi memiliki motosikal idamannya iaitu BMW K1600B.

"Tak pernah serik menunggang motosikal berkuasa tinggi sebab kemalangan. Rasa nak naik taraf lagi adalah.

"Saya sangat teringin dan tak malu nak cakap saya minat motor BMW K 1600B dan dekat Malaysia tak ramai yang pakai.

size NP 1 - 2024-04-05T111823.513

Azhan sangat meminati motorsikal berkuasa tinggi.

"Motor tu pun nak tengok di galeri jualan sangat susah, kena bagi duit deposit bayar dulu baru sampai.

"Nafsu itu besar tapi kemampuan pula kecil. Jadi saya kena bersabar dulu dan selesaikan apa yang patut," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Azhan memberitahu dia juga baru membeli sebuah motosikal dengan kuasa lebih rendah demi menyelamatkan nombor plat yang sudah dibeli lebih awal.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani kemalangan motosikal, kini dalam keadaan stabil

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani ingat detik kemalangan, rupa-rupanya 2 remaja naik motor kapcai jadi punca

Kata Azhan, jika dia tidak membeli kenderaan baharu, pemilikan nombor plat berkenaan akan terhapus selepas tempoh enam bulan.

"Duit belum cukup nak beli motosikal idaman dan kebetulan saya dapat nombor plat daripada tempat saya belajar di Unimas dan perlu mendaftarkan nombor berkenaan dalam tempoh enam bulan.

"Itu sebabnya saya beli motosikal biasa sebab nak selamatkan dulu nombor plat tersebut," jelasnya.

size NP 1 - 2024-04-05T111716.267

Azhan pernah terlibat dengan beberapa kemalangan motorsikal.

Bagaimanapun aktor itu, dia kini lebih selesa menggunakan motosikal tersebut kerana lebih mudah untuk bergerak terutamanya di Kuala Lumpur.

"Tapi sekarang ni macam dah seronok pula pakai motor kecil sebab lebih senang masuk ke Kuala Lumpur.

"Kalau motor besar ni perlukan komitmen masa sebab akan bawa untuk perjalanan jauh," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain