STATUS hubungan penyanyi rap Bunga Isme menjadi tanda tanya peminat apabila dia dilihat mengenakan pakaian sedondon dan beraya bersama vokalis kumpulan Razqa iaitu Amzar Sabri meraikan 1 Syawal lalu. Foto mesra dikongsi Amzar di akaun Instagram itu turut mengundang pertanyaan ramai sehingga ada yang membuat andaian mereka kini sudah sah bergelar suami isteri. Menjawab mengenai persoalan itu, Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 24, berkata dia akan berkongsi mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat. Amzar dan Bunga terima pelbagai ucapan tahniah. "Maaf tak boleh nak komen, saya akan umumkan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi mStar. Sebelum ini, spekulasi mula timbul apabila Amzar yang juga penyanyi duo kumpulan Viral berkongsi foto menyambut lebaran bersama Bunga pada Rabu lalu. Menerusi ruangan kapsyen, Amzar atau Ahmad Amzar Ahmad Sabri, 28, seakan-akan memberi bayangan dia dan kekasihnya itu telah pun berkahwin. ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun bercinta, keluarga kekasih sudah datang merisik Bunga Isme... Akui belum sedia kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Isme lali kena kecam, sejak kecil dididik jadi manusia kuat "Selamat hari raya kepada semua dari kami berdua. "Alhamdulillah kerana doa keluarga dan sahabat kami bersatu akhirnya," kongsinya. Malah menjawab di ruangan komen, Amzar turut mengucapkan terima kasih atas ucapan daripada pengikutnya. Dalam satu temu bual bersama mStar, Bunga memberitahu keluarga Amzar sudah datang merisik pada Februari tahun lalu. Malah, mereka memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!