suria

Terasa kerdil bawa gelaran Datin, Atikah Suhaime sedang biasakan diri... “Kalau kawan-kawan tak payah panggil”

Atikah mahu berbakti kepada masyarakat.

SELEPAS bergelar isteri kepada usahawan Datuk Lokman Teh, pelakon Atikah Suhaime mengakui sedang membiasakan diri dengan gelaran Datin.

Janggal dengan status dibawa itu, Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, berkata dirinya terlalu kerdil untuk menggunakan gelaran tersebut.

"Buat masa sekarang masih ada rasa sedikit tertekan sebab ia satu gelaran yang bukan semua orang yang boleh dapat.

atikah 4

Atikah masih cuba sesuaikan diri dengan panggilan Datin.

"Suami kita pula sudah buat macam-macam untuk dapatkan gelaran Datuk... Saya rasa tak setaraf dengan suami saya yang sudah capai pelbagai perkara dalam kariernya.

"Saya pula orang Singapura... ramai orang Malaysia yang lebih layak untuk gelaran itu," katanya kepada mStar.

Atikah bagaimanapun berkata panggilan dan gelaran tersebut sedikit sebanyak memberikan motivasi kepadanya untuk berbakti kepada masyarakat.

Malah dia mengambil inspirasi suaminya untuk melakukan kebaikan kepada masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih sambut 1 Syawal berasingan, Atikah Suhaimie dan suami tak mahu pening kepala hal remeh

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime gementar masuk dapur, bakal sedia juadah berbuka buat keluarga mentua

"Saya masih lagi sesuaikan diri, panggilan ini buat saya lebih bermotivasi untuk melakukan sesuatu kepada masyarakat.

"Saya pun kena kejar (kejayaan) suami saya, jadi agak sedikit tertekan di situ," luahnya.

Dalam pada itu, Atikah juga mengakui panggilan tersebut turut memberi pandangan berbeza dalam urusan perniagaan yang dijalankan.

Katanya, dia pernah dipandang rendah disebabkan masih terlalu mentah dalam bidang berkenaan namun semuanya berbeza selepas pihak berkenaan mengetahui dia seorang Datin.

atikah 2

Atikah jadikan suami sebagai sumber inspirasi.

"Kalau dengan kawan-kawan tak payah pun panggil Datin tapi kalau dari segi kerja saya rasa panggilan itu perlu.

"Sebab saya ada pengalaman terutama bab perniagaan, mereka lihat saya macam budak dan tidak tahu apa-apa.

"Tapi bila ada yang panggil datin terus pandangan mereka berubah. Dari segi kerja itu penting untuk dapatkan rasa hormat itu," luahnya.

Untuk rekod, Atikah dan Lokman selamat disatukan sebagai suami isteri di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain