PENYANYI Syura Badron tidak berputus asa mencari van jenama Foton berwarna putih miliknya yang hilang dipercayai dicuri di Flat S Balau, Taman Rinting Pasir Gudang, Johor sejak 12 April lalu. Cerita Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 38, dia menyedari kehilangan van berpendaftaran BRC 185 semasa meminta pekerjanya membawa kenderaan tersebut ke Kuala Lumpur. Menurut Syura, dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM130,000 yang melibatkan van dan barang perniagaan. Syura harap van dapat ditemui dengan segera. "Saya letak van tersebut di tempat sepatutnya, sepanjang bulan puasa saya dan suami berniaga di bazar Ramadan di Johor. "Jadi van dan segala pekakas barang perniagaan itu letak di Johor dahulu, memang saya letak di kawasan parkir berhampiran rumah. "Bila raya kami tinggalkan van itu macam biasa... kali terakhir saya nampak van itu pada malam hari raya kedua. "Dalam satu dua pagi masih ada, bila raya ketiga saya minta staf bawa van balik ke Kuala Lumpur sudah tak ada," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Penat buat biskut raya belum hilang, pembeli tergamak ‘scam’ Syura ARTIKEL BERKAITAN: Syura pilih kurus cara diet, tolak pembedahan dapat bentuk badan idaman Tambah Syura, laporan polis sudah dibuat bagi membantu pencarian van tersebut selain berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat mengenainya. Malah sehingga kini dia masih menanti sebarang kemas kini daripada pihak berkuasa. "Kami sudah hubungi bank dan pihak majlis bagi mendapatkan kepastian... manalah tahu kalau van saya kena tarik ke apa tapi tak ada dalam sistem. "Jadi kami buat keputusan untuk laporkan pada polis dan kini siasatan sedang dijalankan. Kami pun minta tolong kenalan terdekat untuk bantu sama-sama cari van yang hilang. Sebenarnya van itu saya sewa beli dengan Lan Solo cuma kami belum tukar nama lagi. SYURA BADRON PENYANYI "Kami bukan hilang van saja tapi kesemua kelengkapan perniagaan... semua ada dalam van. Itu yang macam saya sangat kasihan dengan suami. "Nak berniaga bukan ada semua... kita kumpul sikit-sikit. Bila tak ada semua ini kami kena mula semula dari bawah," ujarnya. Dalam pada itu, Syura juga memberitahu van berkenaan dibeli daripada rakan karibnya iaitu penyanyi Lan Solo. Jelasnya sedikit sebanyak Lan juga terlibat sama memandangkan van tersebut masih belum menukar nama pemilik. Van tempat Syura dan suami mencari rezeki. "Sebenarnya van itu saya sewa beli dengan Lan Solo cuma kami belum tukar nama lagi. Secara tak langsung dia pun terlibat sama sebab masih nama dia kan. "Saya tak ada terfikir orang-orang nak sabotaj pun, saya anggap benda ini sebagai dugaan saja. "Saya pun berharap tak adalah orang terdekat yang terlibat," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!