VOKALIS kumpulan XPDC iaitu Ali dikejarkan ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sekitar pukul pukul 11 pagi Khamis akibat mengalami sesak nafas. Perkara terserbut dimaklumkan oleh Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah yang kebetulan berkunjung ke rumah Ali untuk menghantar bantuan kerusi roda. "Kebetulan semasa ziarah, Ali menghadapi kesukaran bernafas dan segera bergegas menghantar dia ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan lanjut. Ali menerima bantuan kerusi roda. "Diharapkan semoga Ali terus kuat dan diberikan kesihatan seperti sediakala, Insya-Allah," katanya. Borhan menulis perkara tersebut di laman Facebook rasmi beliau pada Khamis. Menerusi gambar yang dimuat naik, Ali atau Mohd Ali Ismail, 56, terpaksa berjalan menggunakan kerusi roda sebelum menaiki sebuah kereta untuk ke hospital. ARTIKEL BERKAITAN: “Tak puas hati tak dapat tarik”... Ali XPDC masih boleh menyanyi, amal makanan sunnah untuk cepat sihat ARTIKEL BERKAITAN: Ali XPDC sebak ingat kawan-kawan, kuat berdepan ujian hidup... “Rock-rock juga tapi solat jangan tinggal” Dalam sesi kunjungan tersebut, Borhan turut menyerahkan sebuah kerusi roda kepada penyanyi berkenaan di rumahnya yang terletak di Sepang. Sementara itu, isteri kepada Ali iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, 52, memberitahu suaminya sudah beberapa hari mengalami masalah kesukaran bernafas. "Suami memang ada 'anxiety' dan mungkin sebab dia tengok ada ramai orang yang datang menziarahinya pagi tadi. Kesihatan Ali tidak berapa baik sejak dua tahun lalu. "Doktor sudah beri ubat dan hasil pemeriksaan, jantungnya ada masalah sedikit dan paru-paru kanannya juga berair," jelasnya. Ali mengalami masalah kesihatan sejak Ogos 2022 selepas rebah secara tiba-tiba dan kemudian menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor ketika itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!