PERKONGSIAN Youtuber asal Korea Selatan Daud Kim yang membeli sebidang tanah untuk membina sebuah masjid di Incheon, Seoul mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan pengikutnya. Ini termasuk dakwaan pempengaruh itu sebenarnya menipu selepas meminta derma dengan menggunakan akaun peribadi kononnya bagi pembinaan masjid tersebut. Kim mendakwa dia membeli tanah seluas 284.4 meter persegi di Pulau Yeongjong, Incheon dengan harga KRW189 juta atau RM657,000 pada 11 April lalu. Perkongsian Farah di Instagramnya berhubung isu Daud Kim. Menerusi hantaran di akaun Facebooknya, Kim memaklumkan selain bercadang membina masjid dia juga mahu menjadikan lokasi itu sebagai studio podcast untuk menyebarkan dakwah. Sementara itu, aktivis dan personaliti media sosial iaitu Farah Lee menerusi hantaran di Instagram miliknya bagaimanapun meluahkan rasa curiga dengan perkara itu susulan terdapat beberapa laporan media di Korea bersama Kim berhubung perkara tersebut. Farah atau Nurfarahin Romli, 31, yang pernah menetap di Korea selama lima tahun berpesan agar rakyat Malaysia tidak sewenang-wenangnya menyalurkan derma kepada mana-mana akaun persendirian walaupun tujuan dakwah. ARTIKEL BERKAITAN: Bergambar depan Kaabah, YouTuber Daud Kim segak pakai ihram... Jalani ibadah puasa di Makkah dan Madinah ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 7 tahun akhirnya Farah Lee kembali jadi isteri... “Done kahwin lagi sekali” Ini kerana kata Farah, kerajaan negara tersebut mengharamkan mana-mana individu menggunakan akaun persendirian untuk mengumpul sumbangan dan jika terdapat unsur penipuan sukar mendapatkan semula kembali wang mereka. "Walaupun masjid boleh dibangunkan keadaan semasa menyebabkan mendapatkan kebenaran menjadi sukar. "Sebagai seseorang yang terlibat secara aktif dalam projek amal dan pengumpulan dana saya menekankan kepentingan menjalankan inisiatif tersebut dengan kerjasama bersama NGO berdaftar bagi memastikan pengurusan dana dan audit dana yang telus," katanya. Farah berkongsi perkara itu melalui satu hantaran di Instagram miliknya pada petang Rabu. Farah aktif dalam kerja-kerja aktivis membantu golongan tak berkemampuan. Dalam pada itu, Farah yang menyertakan pautan dan artikel berkaitan temu bual Daud dengan media Korea Selatan yang memaklumkan Youtuber itu hanya memandatangani kontrak jual beli tanah dan bukan mendapat hak milik terhadap hartanah tersebut. Kim memberitahu wartawan JBTC dia merancang membina sebuah bangunan yang boleh digunakan untuk tujuan membuat 'content' termasuk ruang solat atau seumpamanya. Manakala seorang pegawai daerah Jung-gu di Incheon memberitahu walaupun kebenaran diberikan namun bangunan yang bakal dibina dijangka bersaiz kecil di antara 65 hingga 100 meter. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!