suria

Bella Astillah bukan orang baik tapi tidak pula bersikap munafik

Bella mengakui dirinya bukanlah seorang individu yang baik.

DUGAAN rumah tangga yang sedang dilalui pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika ini membuatkan ramai turut bersimpati dengan nasibnya.

Namun Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, tidak pernah melihat dirinya sebagai seorang individu yang baik dan tidak mahu dianggap sebegitu.

Pun begitu, ibu kepada dua cahaya mata ini bukan pula seorang manusia munafik dengan mempamerkan sikap berpura-pura baik.

Bella mengakui segala kekhilafan yang dibuat sebelum ini.

Bella mengakui segala kekhilafan yang dibuat sebelum ini.

"Mungkin saya bukanlah orang yang baik dan saya tak perlu dianggap baik.

"Akan tetapi paling tidak saya 'tidak munafik' dengan berpura-pura baik," katanya.

Bella berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz mohon maaf, tersenyum dalam video di IG bukan sindir Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Muaz Zabir dalam keadaan tertekan, mengaku khilaf isu babit Bella Astillah

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebo

Tidak berkongsi secara terperinci berkenaan kenyataan dibuat, namun netizen menyokong dan mendoakan agar aktres berkenaan sentiasa berada dalam keadaan baik.

"Setuju! Lebih baik dibenci kerana kebenaran daripada disayangi kerana sikap berpura-pura. Tunjukkan pada mereka awak seorang yang benar dan bukan munafik.

"Tidak perlu diterangkan Bella, semua orang sudah tahu. Tak perlu layan dengan orang yang kononnya menjadi mangsa.

"Semoga urusan Bella dipermudahkan untuk membesarkan anak-anak," komen netizen.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila suami Bella iaitu pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Susulan itu, Bella pada 13 Mac memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun pada sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, pelakon kelahiran Singapura itu enggan menceraikannya.

Bella (kiri) dan Aliff sedang berdepan kemelut dalam rumah tangga.

Bella (kiri) dan Aliff sedang berdepan kemelut dalam rumah tangga.

Aliff memberi alasan dia masih sayangkan Bella dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka pernah bercerai talak satu pada 2019 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masingmasing berusia tujuh dan empat tahun.ok, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain