suria

Aliff Aziz mohon maaf, tersenyum dalam video di IG bukan sindir Bella Astillah

Aliff nafi sindir Bella (kiri) di Instastory.

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz tidak berniat menyindir isterinya Bella Astillah menerusi hantaran di Instastory seperti didakwa sesetengah pihak.

Aliff atau Muhammad Aliff Aziz, 33, berkata, senyumannya dalam video berkenaan hanya sekadar mahu menunjukkan semangat dirinya selepas sekian mendiamkan diri.

Kata Aliff, dia tidak mungkin menyindir mana-mana sesiapa apatah lagi membabitkan isu yang sangat penting.

"Senyuman tanpa niat menyindir sesiapa dalam isu sangat penting yang juga diputar agar menampakkan seperti saya sengaja mempermainkan isu sedang memberi impak dalam hidup saya dan keluarga.

Hantaran yang dimuat naik Aliff mendapat perhatian ramai.

Hantaran yang dimuat naik Aliff mendapat perhatian ramai.

"Saya maafkan semua yang mengambil kesempatan untuk keruhkan lagi keadaan.

"Saya hanya cuba untuk membuatkan diri saya berdiri semula dengan senyuman yang lama menghilang," katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, pelakon drama Terjerat ini turut memohon maaf sekiranya senyuman yang diberikan itu membuatkan orang ramai berasa kurang senang.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz ikut semua prosedur Jawi, mahu segera selesaikan kes khalwat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah tak mampu pandang wajah Aliff Aziz, enggan pertahan rumah tangga

"Saya juga minta maaf sekiranya dengan senyuman ini membuatkan ramai gembira dan memutar belitkan perkara yang tidak ada asasnya.

"Semoga Allah ampunkan kita semua, Insya-Allah," ujarnya.

Sebelum ini, Aliff memuat naik hantaran di Instastory miliknya yang merakamkan keadaannya sedang tersenyum sambil memberi kenyitan mata.

Hantaran tersebut turut diiringi dengan lagu berjudul Since You Been Gone nyanyian penyanyi Kelly Clarkson.

Lirik nyanyian Kelly berbunyi 'I can breathe for the first time...' seolah-olah ingin memberitahu dia sudah mampu bernafas sejak ketiadaan seseorang.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Bella (kiri) memfailkan penceraian terhadap Aliff.

Bella (kiri) memfailkan penceraian terhadap Aliff.

Bella pada 13 Mac lalu memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun pada sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, pelakon kelahiran Singapura itu enggan menceraikannya.

Aliff memberi alasan dia masih sayangkan Bella dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka pernah bercerai talak satu pada 2019 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masingmasing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain