suria

Datuk Red harap 2 isteri tarik permohonan cerai, mahu Datin Red dan Adira jadi saksi kejayaannya

Datuk Red mohon kedua isterinya menarik semula permohonan cerai.

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu berharap agar kedua-dua isterinya iaitu Datin Seri Syarifah Nur Shafila Hassim dan Adira menarik semula permohonan cerai yang difailkan terhadapnya.

Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red, 46, berkata, dia mahu membina kembali semula ikatan perkahwinan yang dilanda badai sebelum ini.

Usahawan itu turut meluahkan penghargaan terhadap Syarifah atau Datin Red, 38, dan Adira kerana banyak membantu dan menutup aib dirinya ketika dia dilanda pelbagai masalah.

Adnan (kiri) berterima kasih kepada Adira kerana menjaga aibnya sebagai suami.

Adnan (kiri) berterima kasih kepada Adira kerana menjaga aibnya sebagai suami.

"Saya nak ucapkan kepada isteri pertama semoga sihat, murah rezeki dan tenang. Kalau boleh sebelum sampai bulan lima, tariklah (permohonan cerai). Kita bina balik semula ikatan itu (perkahwinan).

"Kepada isteri saya Adira, terima kasih kerana banyak bantu saya dan terima kasih tutup aib saya.

"Insya-Allah 24 April ini tarikh keramat kita dan saya harap awak pun tarik (permohonan cerai)," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenangan buat anak-anak, Adira dan Datuk sambut 1 Syawal bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cemburu Datuk Red dan Adira pamer kemesraan, isteri pertama doa suami dan madu tak jadi cerai

Adnan berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok Zayan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Adnan juga berharap dia diberikan peluang meneruskan kehidupan dan mahu kejayaannya diraikan oleh kedua-dua isterinya.

"Bagi saya peluang untuk saya berdiri balik, saya mahu isteri-isteri saya lihat kejayaan saya semula, Insya-Allah.

"Itu sahaja yang saya minta pada Allah," ujarnya.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman.

Manakala Syarifah pula memfailkan penceraian pada penghujung Januari lalu.

Adnan berharap diberi satu lagi peluang untuk membina semula kejayaan.

Adnan berharap diberi satu lagi peluang untuk membina semula kejayaan.

Untuk rekod, Adnan dan Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan Adnan dan Datin Red mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain