suria

Memaafkan tanpa berkata apa-apa perkara paling disanjungi, adik kagum keikhlasan Ruhainies

Adik kagum sifat Ruhainies mudah maafkan orang yang memfitnah kakaknya itu.

ADIK perempuan Ruhainies kagum dengan pelakon berkenaan masih mampu kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.

Asha Zainul Ilyas berkata, dia bangga dengan Ruhainies yang ikhlas memaafkan walaupun ramai bercakap buruk dan menabur fitnah terhadap kakaknya.

"Kakak, saya sangat mengagumi kakak. Kakak tetap mendiamkan diri setelah apa yang berlaku.

size NP 1 (81)

Ruhainies repost Instastory milik adik perempuannya.

"Kakak ada beritahu saya yang kakak sudah maafkan semua orang... Orang yang bercakap buruk pada kakak. Fitnah sana sini.

"Saya bangga dengan kakak. Mengikhlaskan diri memaafkan mereka tanpa berkata apa-apa merupakan perkara paling disanjungi. Subhanallah," katanya.

Asha berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Jumaat.

Asha menerusi hantaran sama turut memberitahu hanya Allah, keluarga dan rakan-rakan rapat akan sentiasa ada untuk Ruhainies kerana mereka lebih mengetahui perkara sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian jadi kenyataan, Ruhainies sambut raya di Tanah Suci Makkah

ARTIKEL BERKAITAN: Terdapat khabar angin Ruhainies sudah bergelar isteri, dokumen perniagaan di London tersebar

Dua beradik itu ketika ini sedang berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, turut mengulang siar hantaran tersebut di Instastory miliknya.

Pelakon itu turut memberitahu hanya Allah SWT yang maha mengetahui perkara sebenar atas apa yang berlaku selama ini.

"Cukup hanya Allah tahu apa yang di dalam hati. Terima kasih adik. Love you, you beautiful soul," ujarnya.

size NP 1 (82)

Ruhanies sedang menjalani ibadah umrah.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Aliff Aziz.

Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.

Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.

Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain