suria

Tiada peluang kedua buat bekas kekasih, Iman Troye rela membujang sampai tua

Rekasi muka Iman berubah selepas filter menyebut bekas kekasih.

HATI yang terluka masih berdarah, penyanyi Iman Troye tidak akan memberi peluang kedua kepada bekas teman lelakinya untuk kembali menjernihkan hubungan mereka.

Iman atau Siti Nur Alyssa Sahabuddin, 22, sebaliknya lebih rela membujang sampai tua jika bekas kekasihnya ingin kembali bersama.

"Hari keempat kena tinggal, kalau macam ini... Lebih rela single (bujang) sampai tua," tulisnya di ruangan kapsyen.

iman 2

Netizen masih berteka teki mengenai bekas kekasih Iman.

Iman berkongsi perkara itu sebagai maklum balas terhadap filter TikTok yang membuat tekaan dia bakal kembali ke pangkuan bekas teman lelaki pada tahun ini.

Dalam pada itu, pengikut penyanyi itu menasihatkan Iman agar lebih berhati-hati ketika memilih lelaki malah ramai menyokong agar dia tidak memberi peluang kepada bekas kekasihnya.

Malah ramai meminta Iman menganggap hubungan yang tidak menjadi sebagai pengajaran dalam menilai tentang kesetiaan dan ketulusan seorang lelaki.

"Muka dia menjelaskan segalanya! Harap Iman tabah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lelaki kalau nak curang...” - Iman Troye kembali single, beri bayangan kena ‘tinggal’ 1 Syawal

ARTIKEL BERKAITAN: Pasang niat masuk universiti cari kekasih... Iman Troye lupakan hasrat ‘cinta monyet’, sibuk fokus pelajaran

"Itulah siapa suruh cari lelaki 'red flag'. Jangan sesekali bagi peluang!," komen netizen.

Pada 10 April lalu, Iman memberi bayangan dirinya sudah kembali solo selepas percintaan dengan teman lelaki putus pada 1 Syawal.

Iman juga seakan-akan memberi bayangan hubungan tersebut terlerai selepas lelaki berkenaan berlaku curang di belakangnya.

Selepas pendedahan tersebut, rata-rata netizen mula mencari tahu tentang siapa gerangan teman lelaki Iman.

komen iman

Antara komen yang ditinggal netizen buat Iman.

Ini kerana penyanyi tersebut tidak pernah secara terbuka mengakui sedang menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

Walaupun tidak menyatakan secara spesifik namun ada mendakwa usahawan dan pempengaruh media sosial Ashraf Anuar adalah teman lelaki Iman.

Ashraf dikatakan ada hubungan dengan Iman ekoran sering dilihat bersama sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain