suria

Ippo Hafiz dan isteri belum bercerai, hantar notis kepada pihak lempar tohmahan henti keluar kenyataan

Ippo (kanan) memfailkan nusyuz terhadap Fara pada Mac lalu.

PENYANYI dan komposer Ippo Hafiz sudah menghantar notis kepada pihak yang tidak didedahkan identitinya untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tidak benar berkaitan rumah tangganya.

Ippo atau Muhammad Hafiz Yaziz, 34, sebaliknya menyerahkan kes penceraian dengan isteri kepada mahkamah dan bukannya menjadikan media sosial sebagai tempat berkongsi cerita peribadi.

"Banyak kenyataan dikeluarkan seolah-olah saya tidak ada sifat bertimbang rasa.

"Peguam saya telah memberikan notis supaya pihak-pihak yang membuat tohmahan terhadap saya berhenti memberikan kenyataan.

Perkongsian yang dimuat naik di Instastory milik Ippo.

Perkongsian yang dimuat naik di Instastory milik Ippo.

"Biarlah mahkamah memutuskan perkara ini (penceraian) daripada menggunakan media sosial untuk melepaskan perasaan," katanya.

Ippo berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada malam Jumaat.

Penjelasan dibuat oleh penyanyi lagu Saat Bahagia itu dipercayai menjawab dakwaan seorang wanita didakwa kakak kandungnya yang memuat naik kenyataan di aplikasi TikTok.

Menerusi akaun @yazminy79, wanita itu mendakwa adik iparnya iaitu Fara Roslan telah dipisahkan dengan anak bongsu mereka sejak Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri 4 bulan tak balik rumah, Ippo Hafiz fail nusyuz

ARTIKEL BERKAITAN: Ippo Hafiz kongsi rasa teruja jaga anak, kagum kekuatan isteri berdepan proses bersalin - "Dia berkorban nyawa untuk anak kami"

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan menjelaskan kemelut antara dia dan isteri masih lagi dalam proses undang-undang dan tiada sebarang keputusan dibuat oleh mahkamah termasuk hak penjagaan dua anak mereka.

Kata Ippo, anak kedua mereka kini berada dalam penjagaannya manakala anak pertama bersama isteri.

"Sudah lama saya ingin nyatakan kes saya dan isteri masih berjalan di mahkamah dan masih belum ada apa-apa yang diputuskan oleh mahkamah termasuk hak jagaan anak.

"Anak pertama pada isteri dan anak kedua bersama saya. Saya juga telah memberitahu isteri buat masa ini biarlah saya jaga anak kedua, kita selesaikan dulu semuanya di mahkamah.

ippo3 - 1

Kenyataan wanita yang didakwa kakak kandung Ippo tular di media sosial.

"Saya tiada halangan isteri jumpa anak tapi saya dimaklumkan untuk mengambil anak kedua saya," ujarnya.

Sementara itu, Ippo urut menjelaskan dia masih lagi bergelar suami kepada Fara dan mahu menjaga aib isteri serta keluarga.

Disebabkan itu juga dia tidak berkongsi masalah peribadi kepada umum dan turut berharap isterinya menjaga maruahnya sebagai suami.

"Hal ini saya dan isteri sahaja yang tahu. Saya sehingga kini masih menjaga aib isteri dan juga keluarga.

“Dia masih isteri saya (bukan bekas isteri). Tugas dia adalah untuk menjaga maruah suami.

Ippo berharap kemelut rumah tangganya dapat diselesaikan dengan baik.

Ippo berharap kemelut rumah tangganya dapat diselesaikan dengan baik.

"Saya harap anda semua semua menghormati dan mendoakan semua urusan saya dipermudahkan," katanya.

Pada 12 Mac lalu, Ippo hadir di Mahkamah Rendah Syariah Ampang bagi sebutan pertama kes nusyuz yang difailkan terhadap isterinya.

Tuntutan tersebut dibuat oleh Ippo susulan isterinya itu tidak pulang ke rumah mereka sejak November tahun lalu.

Untuk rekod, Ippo mendirikan rumah tangga dengan Fara pada 24 Ogos 2019 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain