MELIBATKAN diri dalam dunia seni sejak berusia 10 tahun, komposer dan penulis lirik Diana Nazyra akhirnya tampil dengan single solo pertamanya berjudul Hawa. Diana, 44, berkata, kemunculan lagu tersebut adalah hasil daripada pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa dilalui sepanjang bergelar anak seni. Tidak hanya itu, Diana juga pernah beberapa kali menjadi mangsa penipuan apabila tidak menerima bayaran selepas selesai mengadakan persembahan pentas. Namun semua cabaran itu tidak pernah mematahkan semangat Diana untuk terus mengejar impian bergelar penyanyi walaupun usianya sudah mencecah 40-an. Diana anggap pahit manis sebagai pengalaman bermakna. "Dalam nak mengejar impian, mustahil tak ada pengalaman pahit. Saya pernah menerima bayaran rendah. "Tak dapat bayaran pun pernah tapi itu semua berlaku masa saya masih baru dalam industri muzik. "Mudah ditipu sebab tiada pengalaman, hanya terima tawaran yang datang tanpa ada sebarang hitam putih... Memang ramai cuba ambil kesempatan. "Tapi tak mengapa sebab saya anggap ia sebagai satu pengalaman dan ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkarya," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun cuba cipta nama belum ada hasil, Faez Malek lali ditolak tapi tak putus asa - “Tak tergamak cipta kontroversi” ARTIKEL BERKAITAN: Taruhan Tiktokers keluar lagu menjadi, terus trending selepas dilancarkan... Arul Rasheed belum sedia nyanyi live depan peminat Persaingan daripada penyanyi lain turut menyukarkan jalan Diana mencipta nama dalam bidang nyanyian malah pernah mencuba pelbagai cara bagi memperkenalkan namanya dalam kalangan peminat. Malah kata Diana, dia juga pernah bergelar pelakon di Mediacorp Suria yang berpangkalan di Singapura namun memilih mengundurkan diri beberapa tahun kemudian. "Saya sebenarnya pernah menjadi pelakon beberapa tahun sebelum memberi fokus sepenuhnya kepada nyanyian dan berhenti sepenuhnya pada 2005. "Saya punya minat lebih kepada muzik jadi saya lebih fokuskan kepada muzik itu. Alhamdulillah, sekarang saya menjadi komposer dan guru vokal," luahnya. Arwah nenek dan ibu banyak mengajar saya tentang martabat kita sebagai wanita. DIANA NAZYRA PENYANYI/KOMPOSER/PENULIS LIRIK Bagaimanapun, dia kini bersyukur usahanya tidak sia-sia malah lagu Hawa yang diperam selama dua tahun mendapat sambutan ramai. Berkongsi mengenai Hawa, Diana memberitahu ia diinspirasikan kisah pemergian arwah nenek kesayanganya bernama Awa. "Arwah nenek dan ibu banyak mengajar saya tentang martabat kita sebagai wanita, keikhlasan, kesabaran, sentiasa bersyukur dan tabah dalam apa jua ujian kehidupan. "Saya memilih untuk menyanyikan lagu ini sendiri sebab ia dekat dengan saya. Jadi lebih mudah saya nak sampaikan kepada pendengar," luahnya. Diana bersama Omar K semasa merakamkan lagu Hawa. Hawa turut mendapat sentuhan komposer Omar K. Bukan itu sahaja, lagu berkenaan dinobatkan sebagai Wanita Inspirasi dan menerima anugerah Wanita Hari Ini 2024 dari Women’s Empowerment Singapore. Berikut adalah 5 fakta menarik tentang Diana yang mungkin tidak diketahui peminat. 1. Diana mahir dalam lima bahasa iaitu Inggeris, Sepanyol, Mandarin, Kantonis dan Hindustan. 2. Mulakan kerjaya sebagai penyanyi Tradisional tapi sering menerima tawaran menyanyi lagu Bahasa Inggeris. 3. Bukan berbangsa Melayu tetapi memiliki darah campuran Banggali, Banjau dan Cina. 4. Gemar melakukan aktiviti paranormal bersama rakan karibnya iaitu Hazrul Nizam. 5. Pernah berkerja sebagai penjual kereta bersama Hazrul. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!