ANAK usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B tidak menyangka menerima ratusan ringgit duit raya selepas meluahkan rasa kecewa pada Jumaat lalu. Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, menerima wang tersebut selepas berkongsi kod QR akaun bank di Instagram miliknya selepas rata-rata pengikutnya bersimpati dengan nasibnya yang tidak lagi menerima duit raya pada tahun ini. Kata Cik B, kod QR akaun banknya juga mengalami masalah kerana terlalu ramai yang ingin membuat transaksi. Cik B kongsi notifikasi yang diterimanya. "Korang nak tahu tak? Kod QR Cik B sampai rosak sebab korang bagi Cik B banyak sangat duit raya. "Terima kasih banyak korang, Cik B dapat banyak sangat duit raya. Saya sangat menghargai pemberian awak semua. "Saya sayang awak semua! Terima kasih bagi duit raya," katanya di Instastory miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Cik B sedih tak dapat duit raya, bukan minta RM100 cuma mahu rasa kemeriahan Aidilfitri ARTIKEL BERKAITAN: Cik B terkejut Vida bayar RM420,000 untuk bilik hotel di Makkah... Berbaloi pemandangan cantik Menerusi perkongsian tersebut, dia juga memuat naik notifikasi yang diterima selepas pengikutnya melakukan transaksi. Apa yang lebih mengejutkan dirinya apabila salah seorang pengikutnya turut memberinya RM5,000 sebagai duit rayanya. Sebelum ini, Cik B kecewa apabila dia sudah tidak menerima sebarang duit raya daripada kenalan mahupun saudara terdekat. Cik B sebelum ini kecewa apabila sudah tidak menerima duit raya lagi. Katanya, rata-rata saudara maranya enggan memberinya duit raya disebabkan kekayaan dimilik ibunya. Malah dia tidak kisah sekiranya mendapat jumlah yang sedikit memandangkan hanya mahu menikmati kemeriahan suasana hari raya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!