suria

Impian Uqasha Senrose tercapai, bakal timang anak perempuan

Uqasha tak henti tersenyum selepas tahu jantina anak.

MENGHITUNG hari bergelar ibu bapa, pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose bakal menimang cahaya mata perempuan.

Pendedahan itu dibuat pasangan tersebut menerusi majlis gender reveal yang disiarkan menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha pada Sabtu.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, berkata, dia memang mengidam memiliki anak perempuan kerana mahu melihat kebolehan Kamal menguruskan cahaya mata mereka nanti.

uqasha kamal 1

Majlis gender reveal yang dilakukan bersama ahli keluarga terdekat.

Manakala Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, pula tidak kisah mengenai soal jantina anak walaupun berharap anak sulung mereka adalah lelaki.

"Alhamdulillah, saya tak boleh berhenti senyum bila tahu jantina anak saya.

"Saya nak anak perempuan sebab nak tengok Kamal jaga anak perempuan itu macam mana," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose terpaksa berdikari sepanjang tempoh hamil, mahu kejutan jantina anak semasa lahir

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose sahkan sedang mengandung anak pertama, ada sebab rahsia berita kehamilan daripada umum

Sementara itu, Kamal dan Uqasha berkata mereka juga baharu mengetahui jantina bayi berkenaan pada acara tersebut.

"Semua orang ingat kami sudah tahu, tapi sumpah kami tidak tahu dan sebab itu kami adakan majlis ini untuk kongsi bersama keluarga," ujarnya.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain