PELAWAK Azlee Senario tidak melatah apabila dituduh bersikap bongkak dan tidak tahu bersyukur apabila ditawarkan bayaran RM500 sehari daripada pihak produksi. Azlee atau Muhammad Azlee Jaafar, 57, berkata, dia bukan tidak bersyukur tetapi mengharapkan ada situasi menang-menang apabila berbincang dengan pihak produksi tentang soal bayaran. Ini kerana harga RM500 tidak berbaloi jika ada beberapa perkara tambahan perlu disediakan sendiri seperti pakaian, kelengkapan lain termasuk perlu membayar sendiri kos bergerak ke luar kawasan. "Bukan tak bersyukur tapi kita cari situasi menang-menang. Di Hollywood artis makin lama makin tinggi bayaran tapi di Malaysia sebaliknya. Azlee sudah maafkan netizen menuduhnya bongkak dan manusia tidak tahu bersyukur. "Tapi itu bukan bererti permintaan kami tinggi melangit, cukup asal harga ditawarkan setimpal dengan usaha dan pengalaman kami. "Kalau RM500 tapi penggambaran di Johor atau Kedah memang saya tak pergi sebab memang kena tambah modal sendiri," katanya ketika dihubungi mStar. Azlee mengulas perkara itu selepas ada pihak menganggap pelawak itu tidak sepatutnya merungut dan perlu bersyukur kerana masih mendapat tawaran berlakon walaupun diberi harga rendah. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bagi ‘gift’ sampai RM3 juta? Azlee Senario terkejut baca berita, baru 2 minggu guna live di TikTok ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan RM3 juta dalam dua minggu fitnah, Azlee Senario anggap cara tutup rezeki live di TikTok Bagaimanapun Azlee tidak menyalahkan netizen yang berpandangan sedemikian malah memaafkan individu melemparkan tuduhan jahat kepadanya. "Mereka mungkin tidak faham macam mana jadi anak seni, tak tahu berapa kadar seseorang artis mengikut pengalaman dan beberapa faktor lain. "Sesetengah artis ada pengurus, jadi nak kena bayar pengurus pula dan berapa sahaja artis itu dapat? Ciapan di aplikasi X oleh seorang individu menuduh Azlee bongkak. "Apa-apa pun saya maafkan... Sedangkan Nabi ampunkan umatnya. Mudah-mudahan mereka buka mata tentang nasib anak seni dan nampak apa yang saya suarakan itu betul," jelasnya. Sementara itu, Azlee berharap masyarakat menghargai bakat dan jasa artis veteran yang pernah mewarnai industri seni tanah air. "Hargailah artis veteran sebelum mereka 'pergi', pandang-pandanglah kami. "Netizen kena ingat artis veteran tak pernah 'demand' cuma minta dihargai bakat mereka," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!