suria

Afdlin Shauki dan bekas isteri sambut raya bersama, Mia Sara terima baik keputusan bapa kahwin lain

Mia gembira melihat bapanya kembali bertemu jodoh.

PELAKON Mia Sara Shauki menerima baik keputusan bapanya iaitu Datuk Afdlin Shauki kembali mendirikan rumah tangga selepas bercerai dengan ibunya dua tahun lalu.

Bagi Mia, 25, apa lebih penting adalah melihat kebahagiaan kedua ibu bapanya walaupun mereka sudah tiada ikatan suami isteri.

"Siapalah saya untuk halang? Saya terima apa sahaja ibu bapa saya mahu lakukan demi kebaikan diri sendiri.

"Jika perkahwinan ini membuatkan ayah saya gembira dan bahagia maka ia bagus untuknya.

mia sara 2

Afdlin turut meriakan raya bersama Christina (dua dari kanan) bersama isteri dan anak-anak.

"Jika mereka harapkan saya gembira dengan keputusan ini maka saya juga harap perkara sama untuk diri sendiri," katanya kepada mStar.

Mia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem lakonannya Geng Kubur yang berlangsung di Petaling Jaya pada malam Khamis.

Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 53, melangsungkan perkahwinan buat kali kedua dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Datin Marcella, 28, pada 2023.

Afdlin sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Maria Christina Orow Abdullah pada 1997 sebelum bercerai pada April 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar bersama kekasih disangka Sofyank, Mia Sara dituduh perosak rumah tangga - “Nama mereka pun hampir sama!”

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab rahsiakan perkahwinan, isteri kongsi keistimewaan Afdlin Shauki

Selain Mia, Afdlin dan Maria turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Anais dan Ileana Matin.

Walaupun sudah bercerai namun Afdlin dan Maria masih mengekalkan hubungan baik malah menyambut Aidilfitri bersama baru-baru ini.

Cerita Mia, kemeriahan Aidilfitri akan kekal sama walaupun dengan kehadiran orang baharu dalam hidup mereka.

"Sambutan raya kami sangat meriah. Tiada rasa yang tidak elok pun antara kami.

Siapalah saya untuk halang? Saya terima apa sahaja ibu bapa saya mahu lakukan untuk diri mereka

MIA SARA SHAUKI

PELAKON

"Kami raikan dalam satu rumah dan semuanya gembira," ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang filem Geng Kubur, Mia berpuas hati dengan hasil lakonannya menerusi karya arahan Gavin Yap ini.

Kata Mia, menerusi projek tersebut, dia banyak memerhatikan cara lakonan bagi membuat penambahbaikkan pada masa akan datang.

"Saya gembira dengan hasil kerja sendiri sebab menerusi Geng Kubur saya banyak perhatikan cara lakonan untuk diperbaiki pada projek akan datang.

mia sara 3

Mia bergandingan dengan tiga pelakon lelaki dalam filem Geng Kubur.

"Watak dalam filem ini juga inspirasi daripada pengalaman seorang yang pernah melalui zaman remaja.

"Agar mudah menzahirkan watak diberikan kerana saya memang seorang yang lasak dan lebih banyak berkawan dengan lelaki," katanya.

Selain Mia, tiga pelakon lain yang memegang watak utama adalah Firdaus Sufiyan, Lion Chong dan Sasidaran.

Geng Kubur bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 April 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain