suria

Fauziah Nawi terharu terima tajaan umrah daripada Siti Nurhaliza, terpaksa tolak kerana kerja

Fauziah terpaksa menolak tawaran atas sebab kerja.

PELAKON Datuk Fauziah Nawi terpaksa menolak tajaan mengerjakan umrah di Makkah yang ditawarkan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza atas sebab urusan kerja.

Kata Fauziah, 71, dia bersyukur dengan tawaran diterima namun terpaksa mengutamakan tugas yang telah dipersetujui lebih awal.

Untitled design (87)

Fauziah membuat perkongsian itu di Facebook pada Sabtu.

"Saya menolak dengan rendah diri kerana saya sudah ada perjanjian tugas yang telah saya persetujui.

"Syukur sangat dan amat terharu akan mesej ini, moga Allah merahmati dan melipat gandakan rezeki Datuk Seri Siti suami isteri serta sekeluarga," katanya.

Fauziah membuat perkongsian itu menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fauziah Nawi dedah kereta terbakar 4 tahun lalu, pernah masuk cabutan bertuah harap menang kenderaan

ARTIKEL BERKAITAN: Istana naik taraf darjah kebesaran, Fauziah Nawi bergelar Datuk

Pelakon veteran itu berkongsi mesej yang diterima daripada wakil Yayasan Nurjiwa yang diuruskan oleh Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Jiwa.

Pihak yayasan tersebut memaklumkan tarikh keberangkatan ke Tanah Suci Makkah pada 27 April sehingga 6 Mei 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain