ANAK sulung pelakon Rita Rudaini mendedikasikan kejayaan dia mendapat gred 3.99 dan 10 pelajar terbaik di sekolahnya dalam peperiksaan baru-baru ini khas buat hari jadi ibunya pada 11 April lalu. Dalam luahan menyentuh hati, Airit Rayyan Rizqin, 14, turut mengucapkan terima kasih kepada Rita kerana ibu kesayangannya itu sudah banyak berkorban bagi membesarkan dia sehingga berjaya mendapat keputusan cemerlang. Kata Rayyan lagi, dia juga berjanji akan melakukan terbaik pada peperiksaan akan datang bagi membuatkan ibunya bangga. "Terima kasih Mommy sebab daripada kecil sampai besar Mommy jaga Rayyan. Daripada Rayyan baby Mommy ajar jalan sampai Rayyan dah dapat 3.99 ini. Rayyan muncul sebagai antara 10 pelajar cemerlang MRSM SUBES. "Sikit lagi nak dapat straight A+, tinggal satu sahaja dapat A- dan 3.99 ini sebagai hadiah hari jadi Mommy. Semester akan datang Rayyan akan cuba dapat 4.0 untuk Mommy," katanya. Rita berkongsi video ucapan Rayyan selepas muncul sebagai 10 pelajar terbaik MRSM Sungai Besar (MRSM SUBES) di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, meluahkan rasa syukur di atas pencapaian cemerlang anak Rayyan. ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan anak awak sahaja pandai” - Kongsi video Rayyan baca al-Quran dituduh riyak, Rita Rudaini minta netizen bersihkan hati hitam ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini tak sempat layan rasa penat bergelar ibu tunggal, susah payah akhirnya berbaloi - “Ada masa nyawa-nyawa ikan juga” Rita berkata, sebagai ibu dia akan memastikan anak-anaknya cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran tetapi akhlak. "Alhamdulillah syukur pada Allah tahun ini Rayyan Top 10 student lagi, tapi kali ini dekat SUBES pula. "Tahniah. Mommy akan pastikan anak-anak Mommy cemerlang dalam akhlak dan pendidikan. Doa Mommy selalu bersama anak-anak," katanya. Rita sangat mementingkan akhlak dan pelajaran dua anak lelakinya. Sementara itu, Rita turut menyifatkan Rayyan sebagai sosok lelaki terbaik yang pernah muncul dalam hidupnya. Sebagai ibu, Rita berharap Rayyan akan mengutamakan Allah dan al-Quran di dalam dada dalam sebarang keputusan dibuat selepas ini. "Kami adalah sosok lelaki yang terbaik yang pernah Mommy jumpa dalam hidup Mommy. "Pesan Mommy, apa-apa pun cita-cita kamu, letaklah Allah dan al-Quran dalam dadamu... Agar kamu tidak tergapai-gapai dalam hidup apabila Mommy sudah tiada nanti," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!