suria

Sekarang masa cari duit, Hariz Hamdan tak terfikir nak bercinta di usia muda

Hariz mahu fokus cari duit dan kembangkan karier sebagai seorang pelakon.

MENOLAK untuk menjalinkan hubungan cinta di usia muda, pelakon Hariz Hamdan berkata fokusnya kini mahu mencari rezeki dan mengembangkan karier seninya.

Kata Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, dia tidak menolak kemungkinan membuka pintu hatinya untuk menerima seorang wanita ketika usia di penghujung 20-an.

"Tak (kekasih). Sekarang jadual saya padat dengan kerja, nak tambah beban dan masa untuk bercinta tu memang tidaklah.

size NP 1 - 2024-04-26T141639.295

Hariz tidak terfikir untuk bercinta dalam masa terdekat.

"Lagi pun saya masih muda, masa yang saya ada sekarang ni adalah untuk saya cari duit dan kembangkan karier saya.

"Bagi saya belum masanya lagi, tapi mungkin umur saya 27 ke 30 tahun baru saya akan bercinta," katanya kepada mStar.

Hariz berkongsi perkara itu ketika ditemui sewaktu program Celebrate Earth Day With Hariz Hamdan di UM Arena, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditanya adakah kerana dia bimbang melihat isu rumah tangga dan kisah cinta yang tular di media sosial kebelakangan ini, Hariz mengakui ia sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hariz Hamdan selesa buat hal sendiri di set penggambaran, tak gemar ambil tahu hal orang

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu ‘caring’ punca ramai jatuh cinta, Hariz Hamdan sudah biasa beri layanan baik kepada wanita

"Nak cakap takut dengan isu hubungan, buka aib sana-sini, ada la juga rasa gentar tu. Tapi bagi saya jangan buat hal, bila bercinta tu sayang sepenuh hati.

"Sudah tentu kalau bercinta untuk main-main akan berbalik pada diri sendiri sebab saya percaya karma itu wujud," jelasnya.

size NP 1 - 2024-04-26T141622.007

Hariz mahu kembangkan karier sebagai seorang pelakon.

Bagi mengelakkan diri terbabit kontroversi sehingga menyentuh aib diri, Hariz berkata dia sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan berusaha menjadi individu lebih baik.

"Sejak dari awal karier dalam bidang seni, saya dah letak pemikiran apa pun berlaku semuanya di tangan Tuhan.

"Bukan nak cakap saya baik, walaupun saya rasa bukan insan sempurna tapi setiap hari saya cuba dekatkan diri dengan Tuhan untuk menjadi manusia yang lebih baik," ujarnya.

Untuk info, Hariz memulakan kerjaya seninya sebagai seorang pelakon selepas menyertai program realiti Hero Remaja pada tahun 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain