suria

Watak penyondol buat peminat berang, Fazura hanya ikut kehendak skrip

Lakonan mantap Fazura raih pujian netizen.

LAKONAN Fazura menerusi drama Lelaki Itu meraih pujian ramai netizen namun ada juga yang tidak senang dengan beberapa dialog dilontarkan aktres berkenaan.

Menjawab mengenai perkara itu, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, dia hanya sekadar menjalankan tugasnya sebagai seorang pelakon di dalam drama tersebut.

Menurut Fazura, sudah menjadi tanggungjawabnya menyampaikan apa pengarah dan penulis skrip mahukan dalam menzahirkan jalan cerita.

fazura 1

Fazura sebagai Imani manakala Adi Putra sebagai Mirza dalam drama Lelaki Itu.

“Skrip bukan saya yang buat. Ramai mungkin tak faham, saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon yang dibayar untuk mengikut kehendak skrip.

"Skrip Lelaki Itu adalah olahan Erma dan punya interpretasi tersendiri. Dia pernah cakap banyak mesej yang nak disampaikan dalam naskhah ini.

“Kepada yang marah-marah di luar sana tu kena faham saya Fazura, anda tonton dalam drama itu Imani," katanya kepada mStar.

Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis rumah terbuka anjurannya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura ada prinsip dalam bisnes, tak sanggup nak jual tudung Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian sumbang Fazura dapat kecaman, netizen suruh fokus berlakon sahaja

Di dalam drama tersebut, dia memegang watak Imani yang merupakan isteri kedua Syed Mirza lakonan Datuk Adi Putra.

Berkongsi lebih lanjut, Fazura mengaku mempunyai perasaan takut dan bimbang ketika pertama kali menerima skrip tulisan Erma Fatima.

Bagaimanapun selepas difikir dan dikaji dia bersedia membawa watak penyondol dengan gaya tersendiri.

Mungkin ada kekurangan masing-masing yang menyebabkan terjadinya isu poligami.

FAZURA

PELAKON

“Saya beritahu Erma saya takut untuk bawa watak penyondol tapi dia cakap tak payah takut. Kau tu ‘penyondol’ tak sengaja.

“Bila saya fikir balik, memang betul kita selalu nak kecam penyondol tetapi kita tahu tak apa berlaku di sebalik perkahwinan seseorang itu.

"Mungkin ada kekurangan masing-masing menyebabkan terjadinya isu poligami.

faz

Antara babak Fazura di dalam drama Lelaki itu.

“Saya ambil pendekatan untuk tidak menghakimi seseorang jika kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Saya pilih untuk bersikap terbuka,” jelasnya.

Sebelum ini, salah satu dialog Fazura yang seakan membela nasib orang ketiga di dalam sesebuah rumah tangga mengundang kemarahan penonton.

"Penyondol atau perampas tetap isteri yang sah. Tidak pernah ada dalam hukum mengatakan penyondol atau perampas tidak berhak menuntut haknya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain