MENYEDARI kesilapan diri, pelakon Ruhainies memilih untuk memaafkan mana-mana individu yang telah memberikan kecaman dan tanggapan buruk berhubung kontroversi yang sedang melanda dirinya. Kata Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, sebagai manusia biasa dia juga ada kekurangan dan kerana itulah dia mahu menjadi insan pemaaf. "Kita hanya manusia biasa tidak boleh lari daripada membuat kesilapan. Saya juga tidak sempurna dan sudah tentu saya maafkan. "Saya juga ada salah saya, tiada yang sempurna. Saya sedia memaafkan sesiapa sahaja InsyaAllah," tulisnya di Instastory. Ruhainies sedia memaafkan netizen atas kecaman yang diterima. Ruhainies berkata demikian bagi menjawab respon seorang netizen yang tampil memohon maaf kerana selama ini bercakap buruk mengenai pelakon drama Terjerat itu. “Saya minta maaf ada gosip tentang awak. Hari ini aib awak, mungkin esok hari kami,” tulis netizen berkenaan. Menurut Ruhainies, dia sudah tidak memikirkan mengenai kontroversi tersebut dan hanya mahu membahagiakan individu yang berada disekeliling. "Tak mengapalah, let's move on. Banyak lagi perkara penting yang kita kena uruskan. Saya sudah tidak fikir dan nak fokus untuk lebih bahagia serta membuatkan orang disekeliling saya gembira," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi khalwat pengajaran buat Ruhainies, diam sebab tak mahu bergaduh ARTIKEL BERKAITAN: Tukar bio 'NRF, LUSM' di Instagram, Sarah Yasmine anggap Ruhainies tak tahu malu... Ugut dedah mesej hari ditangkap khalwat Dalam pada itu, Ruhainies turut menitipkan doa agar aibnya dan pengikut dipelihara oleh Allah SWT. "Kadang-kadang kita dipandang baik bukanlah kerana kita benar-benar baik tetapi kerana kasih sayang Allah yang menutup aib kita. "Saya doakan Allah memelihara dan menutup aib kita semua. Insya Allah," katanya. Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara. Susulan kejadian tersebut, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan menceraikannya. Aliff memberitahu mahkamah pada sebutan kedua kes itu pada 4 April lalu dia masih sayangkan Bella dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka. Nama Ruhainies menjadi bualan ramai apabila terkait dengan kontroversi bersama Aliff. Isu di antara mereka semakin rumit apabila Sarah Yasmine muncul mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu dan mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan wanita yang dinamakan sebagai NRF. Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen. Ruhainies kemudiannya secara terbuka menyatakan hasrat untuk berjumpa Sarah dan Bella pada Jumaat lalu. Sarah pula dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu enggan berbuat demikian kerana bengang ditipu oleh Ruhainies. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!