suria

[V] Pernah jual kad sim di Pasar Seni, Atta Halilintar kenang kehidupan di KL... Paling rindu milo dinasour

Atta anggap pengalaman menetap di KL sungguh bermakna.

PERNAH melalui fasa hidup susah menjadi pengajaran besar buat personaliti media sosial terkenal Indonesia iaitu Atta Halilintar untuk tidak berputus asa dalam mencari rezeki.

Berkongsi pengalaman menetap di Kuala Lumpur bersama keluarga sekitar 20 tahun lalu, Atta atau Muhammad Attamimi Halilintar, 40, pernah mengikut bapanya menjual kad sim di sekitar Pasar Seni sebagai salah satu cara mencari pendapatan.

Menurutnya ketika itu, ibu bapanya perlu menanggung yuran persekolahan untuk dia dan tiga adiknya yang lain sekitar RM600 setiap bulan.

atta 2

Atta sempat berkungjung ke sekolahnya.

"Sebagai anak sulung saya perlu ambil tanggungjawab. Ketika itu kewangan keluarga tidak begitu baik dan saya ikut bapa jual kad sim di sekitar Pasar Seni.

"Bukan itu sahaja, malah pelbagai barang lain kami jual sebab itu Pasar Seni antara lokasi yang bermakna dalam hidup saya.

"Apa yang dilalui sebelum ini menjadi pemangkin semangat untuk saya. Sebab itu apabila pulang ke Indonesia saya terus berniaga tanpa pernah kenal erti penat atau menyerah," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kena ‘body shaming’, Atta Halilintar minta henti ejek tubuh wanita selepas bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Bibik kena rasuk dengar ayat Ruqyah, Atta Halilintar panggil ustaz ‘pagar’ rumah RM7.5 juta

Atta ditemui ketika hadir ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Mantap Cuy yang merupakan kolaborasi bersama penyanyi rap Saixse dan Kidd Santhe.

Berkesempatan berkunjung ke tempat dia membesar, Atta juga tidak melepaskan peluang kembali melawat Sekolah Indonesia Kuala Lumpur yang merupakan tempat dia menimba ilmu selama tiga tahun bermula di usia 10 tahun.

Tambah Atta selepas keluarga pulang ke Indonesia, dia tidak lagi menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah.

Apa yang dilalui sebelum ini menjadi semangat untuk saya

ATTA HALILINTAR

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Namun impian untuk menamatkan pengajian tidak pernah padam dan disebabkan itu dia nekad untuk kembali belajar peringkat sekolah menengah sebelum menyambung pengajian di salah sebuah kolej di Jakarta.

"Hidup saya ketika zaman kanak-kanak tidak sama seperti rakan-rakan lain. Mereka ada masa untuk bermain tetapi saya pula kena kerja mencari duit. Saya juga tidak menyambung persekolahan selepas pulang ke Indonesia.

"Mungkin Tuhan dengar doa saya ketika kecil dahulu. Syukur tahun ini saya sambung pengajian peringkat sekolah sebelum ke kolej. Biarpun terlambat tetapi saya tetap mahu tamatkan pengajian," ujarnya.

atta 3

Kolaboarsi Saixse (kiri), Atta dan Kidd Santhe dalam Mantap Cuy.

Bercerita lanjut tentang kenangan indah ketika tinggal di KL, suami kepada penyanyi Aurel Hermansyah ini memberitahu perkara paling dirindukan adalah roti planta serta milo dinosour.

Sementara itu bercakap tentang kolaborasi bersama Saixse dan Kidd Santhe, Atta tidak mengambil masa lama untuk setuju bekerjasama kerana kagum dengan bakat-bakat penyanyi rap negara ini.

"Di Indonesia mungkin muzik rap tidak begitu berkembang kerana ada banyak genre lain seperti dangdut, pop dan koplo. Saya pula amat kagum dengan bakat-bakat muda penyanyi rap di Malaysia.

1791084

Atta bersama keluarga besarnya pernah menetap di Kuala Lumpur.

"Jadi saya rasa senang untuk bekerjasama dengan penyanyi Malaysia. Muzik juga adalah hobi saya dan rasanya kolaborasi ini salah satu jalan terbaik," jelasnya.

Mantap Cuy merupakan lagu hasil ciptaan bersama Kidd Santhe dan Saixse sendiri manakala Atta pula turut terlibat menulis sebahagian lirik lagu berkenaan.

Muzik video lagu ini dirakamkan di Indonesia dan mula ditayangkan di saluran YouTube Kidd Santhe bermula 30 April.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain