suria

Betty Rahmad bengang wajah anak dijadikan iklan produk suplemen, tak ambil makanan tambahan untuk bagi pandai

Betty memberitahu dia tidak pernah menggunakan sebarang produk untuk anaknya.

PELAKON Betty Rahmad meluahkan rasa kesal apabila wajah anaknya iaitu Ardy Wira digunakan tanpa kebenaran bagi tujuan mempromosikan produk makanan tambahan kanak-kanak.

Menafikan iklan testimoni produk berkenaan, Betty atau Nursha Rahmad, 42, menegaskan dia tidak pernah memberikan anaknya itu sebarang makanan tambahan.

"Tolonglah jangan meniaga dengan menipu macam ini, jangan terpedaya dengan iklan-iklan ini semua.

Copy of Untitled (20)

Betty menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Saya tak pernah sapu apa-apa krim tantrum atau pada wira bagi dia makan makananan tambahan untuk jadikan anak pandai.

"Semuanya atas izin Allah dan kami berusaha keras untuk dia, jadi jangan percaya ya!" katanya dalam satu hantaran di Instastory pada Selasa.

Betty menjelaskan perkara dengan memuat naik tangkap layar memaparkan iklan-iklan yang memaparkan wajah Wira sebagai testimoni.

Sebelum ini, perkongsian video gelagat bijak kanak-kanak itu bercerita kisah nabi dan menyelesaikan soalan matematik sering mendapat pujian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Gigit tangan Habib Ali ketika bayi, anak Betty Rahmad sanggup tunggu nak minta maaf - “Excuse me ustaz, maaf ustaz”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tiri sudah ‘period’, Watie buat perjanjian Talita dah kena asing tempat tidur

Netizen berpendapat, walaupun baru berusia lima tahun, tetapi Wira dikatakan lebih pintar daripada kanak-kanak lain seusianya.

Dalam pada itu, Betty turut memberitahu dia mengamalkan beberapa petua bagi memastikan tumbesaran anaknya terjaga.

Malah, Betty berkata tantrum itu normal untuk setiap kanak-kanak apatah lagi jika mereka belum boleh berkomunikasi dengan baik.

"Saya percaya dan amalkan nak anak sihat, kena jaga dari semua sudut.

Copy of Untitled (21)

Betty sering berkongsi telatah bijak anaknya di Instagram.

"Yang penting ialah makanan yang sihat, tidur yang cukup, ibu bapa yang rajin berkomunikasi dan persekitaran.

"Bab tantrum itu normal untuk budak-budak, kalau dia belum bertutur lagi kerap tantrum sebab mereka tak boleh luahkan apa yang dirasa," ujarnya.

Untuk rekod, Wira yang kini berusia lima tahun merupakan anak daripada hasil perkahwinan Betty dan Ardy Damis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain