suria

Impian Puteri Sarah akhirnya tercapai, rezeki dapat taja ibu bapa tunai umrah

size NP 1 (48)

BAPA kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Megat Kamaruddin meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya itu bermurah hati menaja pakej umrah untuk dirinya dan isteri.

Kata Megat Kamaruddin, dia berasa sangat teruja kerana dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci kali ini dan menganggap ia merupakan antara hadiah paling bermakna.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Puteri Sarah kerana menaja saya dan mamanya pergi umrah kali ini.

size NP 1 (48)

Ibu dan bapa Sarah ketika dijumpai di KLIA.

"Sangat teruja untuk berangkat bersama In Saff Travel & Tours Sdn Bhd sebab agensi ini sangat bagus, very well organised.

"Selalunya bila pertama kali pasti tahap perasaan resah (anxiety) itu tinggi, tetapi dengan agensi ini saya yakin semua first timer akan rasa okay.

"Saya fikir selepas ini nak pergi ke Mesir pula bersama keluarga," katanya.

Megat berkongsi perkara itu ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa jam sebelum dia dan isteri berangkat ke Tanah Suci, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Sarah lega luah kemelut rumah tangga, 4 tahun pendam... Bakal tunai umrah mohon petunjuk cari jalan keluar

ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Sarah jawab pertanyaan kerap ke Tanah Suci, tempat terbaik muhasabah diri

Sementara itu, Puteri Sarah pula meluahkan rasa lega kerana niatnya sebelum ini untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah akhirnya tercapai.

Malah, dia yang pernah menggunakan khidmat daripada agensi sama turut berpuas hati dengan layanan dan servis yang diberikan.

"Saya sudah pergi umrah sebanyak tiga kali bersama agensi yang sama. Dua kali bersama anak-anak dan sekali pergi secara solo.

size NP 1 (50)

Sarah tunaikan umrah dua kali bersama anak dan sekali secara sendirian.

"Alhamadulillah sepanjang bersama agensi ini sangat dipermudahkan. Terima kasih kepada pasukan termasuk mutawwif yang sentiasa bantu saya. Saya bagi lima bintang.

"Sangat berpuas hati dan hajat memang nak bawa mama dan abah pergi ke Umrah," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain