suria

Ewal kini bergelar suami, perkenalan singkat bawa ke jenjang pelamin

Ewal mendirikan rumah tangga selepas setahun berkenalan.

PERKENALAN singkat selama setahun tidak menghalang penyanyi Ewal untuk bernikah dengan pilihan hatinya yang hanya mahu dikenali sebagai Nelly pada 26 April lalu.

Ewal atau Ikhwan Hafiz Ismail, 32, berkata, dia melihat Nelly mampu menjadi seorang isteri yang baik, selain hubungan mereka itu mendapat restu keluarga.

"Apa yang membuatkan saya ingin bernikah dengan Nelly adalah saya lihat ciri-ciri isteri itu ada padanya.

Ewal (kiri) selamat bernikah pada 26 April lalu.

Ewal (kiri) dan isteri selamat bernikah pada 26 April lalu.

"Sebelum ini saya pernah bercinta dengan beberapa orang wanita dan saya cuba untuk berkahwin namun ada sahaja halangannya.

"Tapi dengan Nelly saya rasa seperti banyak perkara yang dipermudahkan dan tiada sebarang halangan," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Seluruh Hidup ini berkongsi detik perkenalan singkat dengan isteri yang juga terlibat dalam persembahan pentasnya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ewal tak jadi kahwin hujung tahun ini, teman wanita dedah hubungan sudah berakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan adik Rody Kristal sudah berakhir, Ewal belum bincang dengan keluarga mahu putus tunang

Kata Ewal, mereka terputus hubungan seketika namun selepas itu kembali bertemu dan mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada Februari lalu.

"Saya mengenalinya pada tahun lalu. Dia merupakan admin media sosial kepada penganjur konsert saya.

"Kami jumpa di event juga dan selepas itu ada sekejap lost contact. Tapi selepas itu kami bertemu semula dan mengambil keputusan untuk bertunang pada Februari lalu," ujarnya.

Bercerita lanjut tentang pilihan hatinya, Ewal mengakui sikap lemah-lembut dan menghormati orang lain membuatkan dia jatuh cinta kepada Nelly.

Ewal jatuh cinta dengan sikap lemah-lembut dan rasa hormat yang ada pada Nelly (kiri).

Ewal jatuh cinta dengan sikap lemah-lembut dan rasa hormat Nelly.

"Saya jatuh cinta dengan Nelly kerana dia pandai menjaga pertuturan dengan baik. Pertuturannya sangat lembut apabila bercakap dengan saya selain dia sangat menghormati saya," katanya.

Ewal sebelum ini pernah bertunang dengan penyanyi Adda pada 10 September 2021.

Bagaimanapun pada Ogos 2022, Ewal mendedahkan hubungan mereka sudah berakhir dan Adda telah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada Disember 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain