BEKAS anggota kumpulan iKON iaitu B.I bakal mengiburkan peminat menerusi konsert sulungnya sebagai penyanyi solo di Kuala Lumpur pada 30 Jun depan. Menerusi konsert B.I 2024 Tour “HYPE UP” in Kuala Lumpur itu, pemilik nama sebenar Kim Han Bin, 28, akan menampilkan sisi berbeza kepada peminat. B.I juga akan mempersembahkan lagu-lagu daripada beberapa album solonya seperti seperti Waterfall, Welcome Back, Love or Loved dan Cosmos. B.I bakal menampilkan sisi berbeza bagi konsert kali ini. Penyanyi rap itu tidak asing lagi dalam kalangan penggembar muzik kpop malah B.I cukup berbakat besar sebagai komposer dan penulis lirik. Sepanjang kariernya, dia pernah menggubah lebih 100 buah lagu termasuk untuk iKON, Psy dan Blackpink. Malah B.I pernah bekerjasama dengan ramai artis terkemuka seperti Afgan, Destini Rogers dan DeVita. ARTIKEL BERKAITAN: Konsert ‘I Am: Here’ Ailee 22 Jun, Aina Abdul dipilih penyanyi pembuka tirai ARTIKEL BERKAITAN: B.I ditahan semula selepas mengaku terlibat jual beli dadah Lagu popularnya iaitu BTBT yang juga kolaborasi bersama Soulja Boy dan DeVita turut dianugerahkan Lagu Kpop Terbaik 2022 oleh majalah Time. Konsert anjuran Lo-Fi Entertaiment ini akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Tiket menyaksikan konsert berkenaan dijual pada harga RM788 (HYPE Zon), RM688 (UP Zon), RM538 (BE Zon), RM338 (IDENTITY Zon) dan ia boleh dibeli di laman web Tiketing Tix. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!