STATUS rumah tangga pelakon Hisyam Hamid dan isteri iaitu Rosmawati terus menjadi tanda tanya dan perbualan dalam kalangan netizen. Tampil menjawab persoalan itu, Hisyam, 39, berkata dia perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum berkongsi kisah peribadi kepada umum. "Dalam setiap perkahwinan sudah tentu ada pasang surutnya. Apa yang saya boleh katakan sekarang ini, saya belum bersedia untuk mengulas tentang perkara ini. Hisyam enggan mengulas lanjut berkenaan status rumah tangganya. "Tunggulah apabila saya sudah cukup bersedia, saya akan kongsikan. Banyak faktor yang perlu saya ambil kira. Terutamanya nak jaga hati dan perasaan anak-anak. "Saya faham sebagai public figure orang nak tahu tentang diri kita. Saya faham ramai peminat yang sering bertanya dan ada juga yang mendoakan," katanya kepada mStar. Hisyam berkongsi perkara itu ketika ditemui di rumah terbuka dan sambutan 25 tahun Global Stesen Sdn Bhd yang diadakan di Kemensah Heights, Kuala Lumpur pada malam Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Hisyam Hamid enggan lakon babak sensitif, bayar mahal pun tak sanggup... "Saya nak tidur dengan tenang" ARTIKEL BERKAITAN: Filem La Luna dikritik selit unsur 'soft porn', Hisyam Hamid hormat pandangan penonton Dalam pada itu, Hisyam menegaskan hubungan dia dan Rosmawati masih lagi baik malah mereka sekeluarga turut meraikan Aidilfitri bersama pada April lalu. Tambah pelakon drama Ariana Rose itu, isterinya juga kini masih bertindak sebagai pengurus yang menguruskan kerjaya seninya. "Hubungan kami sampai sekarang masih okay. Hari raya tempoh hari pun kami keluar bersama anak-anak, tiada masalah daripada segi hubungan. Banyak faktor yang perlu saya ambil kira. Terutamanya nak jaga hati dan perasaan anak-anak. HISYAM HAMID PELAKON "Malah dia (isteri) masih menguruskan kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Tiada masalah," ujarnya. Pada Oktober tahun lalu, Hisyam pernah menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dia dan isteri sudah bercerai. Kata Hisyam, dia mengambil pendekatan untuk menjaga nilai eksklusiviti dengan tidak terlalu berkongsi kisah peribadi di media sosial. Hisyam kurang selesa untuk berkongsi kisah peribadi. Bagaimanapun, status rumah tangga pelakon asal Singapura itu masih lagi menjadi bualan netizen sehingga kini. Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati pada 2006. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube