PELAKON dan penyanyi Linda Rafar tidak menyangka menerima tawaran daripada sebuah stesen radio yang memberinya peluant menimba pengalaman sebagai deejay. Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 46, berkata, walaupun bukan penyampai tetap namun ia sudah cukup menggembirakan kerana memang meminati dunia penyiaran radio. Disebabkan itu, anggota kumpulan Elite itu tidak teragak-agak menerima tawaran percubaan sebagai penyampai radio di Kool 101 sejak Rabu lalu. Linda sedang menjalani proses percubaan sebagai deejay Kool 101. "Sebenarnya sudah banyak kali juga saya beritahu tentang minat menjadi penyampai radio sejak zaman bersama Elite lagi. "Tapi mungkin ramai yang ingat saya main-main. Apabila pihak stesen radio Kool 101 menghubungi saya untuk sesi percubaan saya terima dengan gembira" katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Linda turut meluahkan rasa teruja kerana menerima respon positif daripada pendengar walaupun baru dua hari dia bersiaran di stesen radio berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Linda Rafar jual minyak pati aromaterapi, pelajar tahfiz siap baca ayat Syifa... Dah tanya Ustaz Wadi tentang hukumnya ARTIKEL BERKAITAN: Filem pertama 'Janna Endoro' tak dapat sambutan, Linda Rafar terpaksa tebalkan muka minta rakan artis bantu promosi Antara respon diterima adalah ada mengatakan suaranya sesuai sebagai deejay malah kedengaran seperti pembaca berita. "Alhamdulillah walaupun baru dua hari masuk konti saya menerima respon yang positif daripada pihak pengurusan dan pendengar radio. "Antara respon yang saya terima memberitahu suara saya seperti iklan di radio, pembaca berita. Saya mengucapkan terima kasih kepada yang memberikan komen-komen positif ini," ujarnya. Linda sudah lama menyimpan hasrat bergelar penyampai radio. Jika mendapat tawaran sebagai penyampai radio tetap, Linda memberitahu dia terlebih dahulu perlu melihat kesesuaian waktu memandangkan mempunyai tanggungjawab menguruskan rumah tangga. "Kalau ikutkan daripada segi minat memang saya sudah bersedia untuk menjadi penyampai radio namun semuanya bergantung juga kepada tawaran dan masa bekerja yang sesuai. "Kalau saya terpaksa bertugas waktu pagi, banyak perkara perlu saya pertimbangkan kerana perlu menguruskan anak-anak ke sekolah," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!