suria

Alif Satar peka sensitiviti agama, konsert bukan di gereja tapi dewan komuniti

Alif menjelaskan kekeliruan mengenai lokasi konsertnya di London bulan lalu.

SUSULAN konsert Alif Satar and The Locos (ASTL) yang didakwa berlangsung di sebuah gereja di London pada 28 April lalu, vokalisnya tampil menjelaskan hal sebenar.

Alif atau Muammad Alif Satar, 34, tidak menafikan St. John Hyde Park adalah sebuah gereja lama namun kini lokasi tersebut sudah ditukar menjadi dewan komuniti tanp membabitkan sebarang lambang keagamaan.

Jelas Alif, pada awalnya dia sendiri berasa ragu-ragu dengan lokasi tersebut namun selepas mendapat kepastian daripada penganjur yang juga rakyat Malaysia di London, mereka meneruskan konsert di lokasi berkenaan.

“Lokasi tersebut dahulunya sebuah gereja Angelican lama sebab itu tiada apa-apa lambang, tetapi sekarang ia sudah berubah menjadi dewan komuniti.

the locos 1

Alif Satar and The Locos bekerjasama dengan Marriot Bonvoy menerusi lagu Kumandang.

“Sebenarnya saya agak ragu-ragu pada awalnya tetapi bila pihak penganjur yang juga orang Malaysia sudah jelaskan, buat saya yakin dengan lokasi tersebut.

“Saya sendiri turut meminta nasihat dengan ustaz saya sendiri yang turut mengikuti rombongan kami ke London,” katanya ketika ditemui mStar.

Alif menjelaskan perkara itu ketika ditemui dalam majlis pelancaran muzik video ‘Kumandang’ yang berlangsung di Hotel W, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Sebelum ini, seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa apabila Alif memilih lokasi tersebut yang dikatakan mirip seperti sebuah gereja.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa buat konsert dalam gereja, rakan Alif Satar jelaskan lokasi sebenar showcase ASTL

ARTIKEL BERKAITAN: Kuala Lumpur kampung Alif Satar, ambil peluang bawa anak-anak ‘jelajah’ di ibu kota

Bagaimanapun sahabat Alif iaitu Zaidan Zainuddin bagaimanapun menjelaskan kekeliruan mengenai bangunan tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pad 30 April lalu.

Dalam pada itu, Alif memberitahu dia sangat menitikberatkan perihal agama demi menjaga sensitiviti masyarakat terutama mereka yang bukan beragama Islam.

“Saya sangat peka dan sensitif dalam bab-bab ini, saya tak mahu mengganggu sensitiviti orang beragama lain. Bila timbul isu tersebut saya faham keprihatinan orang Malaysia.

“Saya yakin walaupun bukan orang Islam yang sempurna tapi kami semua tahu batas-batas kami dan kami juga menghormati rumah ibadah orang beragama lain juga,” ujarnya.

Saya yakin walaupun bukan orang Islam yang sempurna tapi kami semua tahu batas-batas kami.

ALIF SATAR

PENYANYI

Memilih untuk berdiam diri sehingga isu reda, Alif percaya tuduhan yang dilempar kepadanya akan terjawab dengan sendiri tanpa perlu dia memberi sebarang kenyataan.

Jelasnya, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu memandangkan pihak berkenaan juga telah memadam video tersebut.

“Saya sebenarnya tak perlu jawab, sebab orang ramai di ruangan komen sudah tolong jawabkan. Mereka sebenarnya tak tahu, tapi mereka cepat saja buat andaian.

“Orang itu sendiri pun dah padam video itu. Saya anggap mereka tak tahu sebab itu mereka marah, lambat laun mereka akan tahu juga.

2605100

Alif menganggap pihak membangkitkan isu tersebut kerana mereka tidak tahu mengenainya.

“Saya pun tak suka gaduh-gaduh, bila baca komen boleh tahan juga tapi saya tak mahu panjangkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Alif Satar and The Locos tampil dengan kolaborasi bersama Mariott Bonvoy menerusi lagu kempen berjudul Kumandang.

Lagu berkenaan merupakan kerjasama sulung di antara Mariott Bonvoy dengan penggiat seni tempatan untuk mempamerkan kecermelangan hospitaliti mereka melalui muzik.

Bukan itu sahaja, kempen ini diserikan lagi dengan muzik video yang menampilkan ASTL bersama kesemua pemenang pertandingan penciptaan lagu yang diajurkan oleh Mariott Bintulu Paragon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain