KEMUNCULAN Yuna sebagai wajah muka depan sebuah majalah menjadi bualan ramai apabila dia disangka sengaja menunjukkan rambutnya yang terjurai di sebalik turban digayakan. Menjawab kekeliruan itu, Yuna atau Yunalis Mat Zarai, 38, menjelaskan ia bukan rambutnya sebaliknya mengenakan aksesori topi berbulu di bahagian kepalanya. "Itu bukan rambut saya tapi memandangkan saya mendapat perhatian ramai... Jangan berhenti bercakap mengenai Palestin," katanya. Yuna pilih pereka fesyen yang memberi sokongan kepada Palestin. Yuna berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Jumaat yang turut memaparkan wajahnya di muka hadapan majalah berkenaan. Dalam pada itu, Yuna memberitahu dia kini hanya bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan termasuk yang menunjukkan sokongan terhadap Palestin. "Seperti ramai tahu, saya telah memutuskan hanya melakukan penggambaran fesyen dengan memakai busana pereka tempatan atau mereka yang bercakap mengenai Palestin mulai sekarang," katanya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan KL tapi Kuching... Yuna ada sebab pilih Sarawak sebagai lokasi konsert jelajah Asia ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tanya mana hilang tudung Yuna, peminat rindukan imej sebelum popular Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Yuna. Mereka juga menyokong tindakan Yuna yang terus aktif bercakap mengenai Palestin. "Sekurang-kurangnya dia bercakap mengenai Palestin, yang lain terbuai indah jemputan jenama terkemuka menyokong Zionis. "Terima kasih bercakap tentang Palestin, jangan berhenti dan sentiasa jaga diri okay," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!