suria

Nadhir Nasar terpaksa promosi produk dikaitkan Israel kerana bimbang disaman, ambil serius gerakan boikot selebriti

Nadhir tenang beri penjelasan kepada peminat tentang situasi dirinya.

SEJAK beberapa hari lalu wujud gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Gerakan itu dibuat sebagai meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir selebriti tanah air yang tanpa rasa bersalah mempromosikan produk ada kaitan dengan Israel di media sosial milik mereka.

Antara teruk dikecam adalah pelakon Nadhir Nasar namun dia menjelaskan tindakannya itu disebabkan sudah menandatangani kontrak dengan beberapa jenama sebelum serangan Zionis di Semenjung Gaza sejak Oktober tahun lalu.

nadhir 3

Nadhir tampil bersuara mengenai isu yang melibatkan namanya.

Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 28, berkata, keputusan bekerjasama dengan produk tersebut sebelum ini disebabkan percaya ia dapat membantu membawa kariernya ke tahap lebih tinggi.

"Kerjasama dengan jenama tersebut dibuat tahun lalu dan ia berdasarkan keadaan ketika itu.

"Keputusan saya bekerjasama dengan mereka berdasarkan komitmen ikhlas untuk memupuk kreativiti dan menyokong artis seperti saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pengikut, orang pula tak kenal... Lebih 10 kali Nadhir Nasar ditolak stesen TV

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu ‘speaking’ Inggeris ketika temu bual, Nadhir Nasar sedang perbaiki bahasa... “Saya tak setuju bila ada kata poyo”

"Walaupun memahami dan menghormati kebimbangan yang dikemukakan, adalah penting saya teruskan komitmen kontrak saya dengan mereka," katanya.

Nadhir berkongsi perkara itu menerusi ciapan di akaun X pada Ahad.

Dalam pada itu, Nadhir berkata, jika dia mengambil keputusan menamatkan kontrak sebelum tempoh akan membuka ruang tindakan undang-undang yang memberi kesan kepadanya.

Saya ingin memberi jaminan bahawa saya mengambil maklum balas dengan serius.

NADHIR NASAR

PELAKON

Malah katanya, perkara itu bukan sahaja membabitkan dia tetapi melibatkan banyak pihak lain.

"Usaha menamatkan kontrak sebelum tiba waktunya mempunyai kesan sepeerti penalti wang dan potensi tindakan undang-undang.

"Ia bukan sahaja memberi kesan kepada diri saya malah orang lain yang terlibat dalam kolaborasi berkenaan," kongsinya.

Bagaimanapun Nadhir mengambil serius setiap maklum balas peminat dan akan menanganinya dengan lebih berhati-hati selepas ini.

nadhir 1

Nadhir ambil serius dengan teguran daripada peminat.

Malah dia juga akan menggunakan setiap platform media sosial berkongsi perkara positif.

"Saya ingin memberi jaminan bahawa saya mengambil maklum balas dengan serius, dan saya komited untuk menangani sebarang kebimbangan dengan cara yang telus dan membina.

"Pada masa akan datang, saya akan terus melibatkan diri dengan komuniti dan berusaha untuk menggunakan platform saya untuk mempromosikan positif dan perubahan sosial," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain