suria

[V] Tiada kata-kata perangsang buat Alyah, kehadiran Ramli MS sudah cukup istimewa - “Dia pesan jangan mengadu penat”

Tok Ram dan Alyah saling menyokong antara satu sama lain.

PENYANYI Datin Alyah menyifatkan kehadiran suaminya iaitu pengarah muzik Datuk Ramli MS ke konsert minggu pertama The Hardest Singing Show pada malam Ahad sebagai istimewa.

Alyah atau Nor Hasliah Abu Hasan, 43, berkata, dia tidak berasa kekok perlu membuat persembahan di hadapan Ramli sebaliknya gembira melihat suaminya duduk di tempat penonton.

"Walaupun dia buat muka, tak apalah janji dia datang. Kami orang industri dan faham kerja masing-masing.

ASTRO_5251

Alyah anggap kehadiran Tok Ram istimewa.

"Bila saya menyanyi dan dia berada di tempat duduk penonton adalah sesuatu yang istimewa buat saya walaupun kehadirannya juga bagi mempromosikan program Travel Lawak: Projek Bapak-Bapak," katanya kepada mStar.

Alyah berkongsi perkara itu ketika ditemui pemberita selepas tamat program berkenaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Alyah memberitahu Ramli tidak ada memberi sebarang nasihat atau kata-kata peransang sebelum dia memulakan persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: 9 penyanyi popular sahut cabaran, ‘The Hardest Singing Show’ cari kreativiti dalam persembahan

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan tegur soal vokal peserta ‘The Hardest Singing Show’, Edry mahu persembahan bertaraf Grammy

"Dia tak ada beri kata-kata perangsang ke apa cuma dia pesan kalau balik rumah nanti jangan mengadu penat," ujarnya.

Sementara itu, Alyah reda apabila aksi untuk persembahan minggu pembukaan yang dirancang tidak menjadi seperti diharapkan.

Kata Alyah, dia sepatutnya dikelilingi api namun demi keselematan diri dan penonton, aksi itu tidak dapat dilakukan.

ASTRO_5247

Alyah reda bila fikirkan keselamatan diri dan orang ramai.

"Ada rasa kecewa tapi daripada saya jadi kambing golek dekat atas pentas... Bila fikir sesuatu lebih buruk boleh berlaku, lebih baik ia tidak dilakukan," ujarnya.

Pada minggu petama The Hardest Singing Show itu, Alyah meraih kedudukan keenam dengan markah 64.08.

Manakala kedudukan pertama milik Ayda Jebat (95.24) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 diikuti Aepul Roza (90.34) dan Aisha Retno (84.17).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain