PELAKON Rozita Che Wan bengang apabila netizen mengutuk penampilan rakannya yang juga aktres Fathlia Latiff ketika menghadiri rumah terbuka anjurannya baru-baru ini. Rozita atau mesra disapa Che Ta, 50, berkata, dia tidak menyangka ada orang tergamak meninggalkan komen berbaur face shaming terhadap Fathia dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Sebaliknya pelakon itu meminta mereka yang mengata Fathia agar melihat ke arah cermin sebelum menghina wajah orang lain. "Saya terkejut apabila gambar kami bersama menjadi kecaman netizen. Tak baiklah, jangan face shaming. Rozita meminta netizen berhenti mengutuk Fathia. "Saya teringin nak tengok muka orang yang selalu mengata tu... Kau cantik macam mana? Lawa macam Fathia tak? "Kadang-kadang yang mengata tu tak pernah tengok cermin. Muka kau pun macam siku saja," katanya kepada mStar. Rozita meluahkan rasa geramnya itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk dan sambutan ulang tahun ke-5 AG Leanz yang diadakan di Shah Alam pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Ambil foto bersama Che Ta, netizen terkejut tengok wajah sebenar Fathia Latiff ARTIKEL BERKAITAN: Sarung tudung sebab dibayar, Rozita Che Wan minta selebriti malu pada Allah Dalam pada itu, Rozita turut meluahkan rasa simpati terhadap Fathia yang sering menjadi mangsa kecaman netizen. Jelasnya, dia tidak tahu apa dilalui Fathia namun memohon orang ramai sentiasa memberikan sokongan dan doa kepada aktres tersebut. "Saya simpati apabila melihat dia sering menerima kecaman ramai. Kita tidak tahu apa yang dia lalui. Kita tidak tahu apa yang membuatkan dia jadi seperti itu. Sebenarnya Fathia ni seorang yang manja. ROZITA CHE WAN PELAKON & USAHAWAN "Mungkin kerana kekecewaan atau tidak mempunyai sokongan. Bukan dia sahaja, saya rasa kalau orang lain berada di tempat dia pun, kita akan mengalami nasib sama. "Siapa pun kawan saya, saya okay sahaja. Kalau mereka berada dalam keadaan tidak stabil atau ada masalah, kita kena sentiasa menyokong dan bersama dia," ujarnya. Pernah beberapa kali terlibat dalam set penggambaran drama yang sama, Che Ta mengakui Fathia sebenarnya seorang yang manja. Biarpun tidak sering berjumpa, Che Ta pernah berpesan kepada Fathia untuk selalu pandai menjaga diri. Rozita memberitahu dia sudah lama mengenali Fathia. "Dulu kami selalu berlakon bersama. Sebenarnya Fathia ni sangat manja tetapi saya tidak sempat bersembang dengan dia. "Saya tidak tahu apa yang dia lalui. Saya ada berpesan kepadanya untuk menjaga diri," katanya. Sebelum ini, kehadiran Fathia menghadiri acara rumah terbuka Che Ta mencuri perhatian netizen apabila dikatakan wajahnya kelihatan bengkak dan lebih berusia berbanding umur sebenar. Malah ada yang membandingkan wajah Fathia dengan Che Ta ketika mereka mengambil gambar bersama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!